Pages

Jun 28, 2010

Penajaan untuk PILN dikurangkan

Apa yang ditulis di bawah ini bersumberkan akhbar online

Salam 1Malaysia~ (Hasil didikan btn? Hehe)


Baru-baru ini, saya ada terbaca dalam Utusan Online yang mengatakan bahawa MARA akan memansuhkan pemberian biasiswa kepada pelajar lepasan SPM. Kemudian, JPA mengikuti langkah tersebut (
sumber). Berita itu sedikit sebanyak mengejutkan saya. Namun, seperti yang saya agak, tentu ada pihak yang meminta kerajaan mengkaji balik keputusan tersebut (sumber).


Kemudian, saya berasa sedikit lega apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan tidak memansuhkan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pengajian melalui Program Ijazah Luar Negara (PILN), sebaliknya jumlahnya akan dikurangkan mulai tahun depan(sumber) dan pihak MARA juga membuat keputusan yang sama (sumber).


Selain itu, PM mengatakan bahawa kerajaan juga akan menambahkan jumlah pemberian biasiswa bagi melanjutkan pelajaran selepas ijazah. (sumber) Dan sebagai penutup, artikel ini boleh membuatkan kita semua berfikir tentang perkara ini.

p/s: Bagi anak Terengganu, anda masih boleh memohon melalui YT

Jun 27, 2010

Link share: hdwallpapers

Salam~



I would to share a website with all of you today which is HD Wallpapers. This site provide a lot of high definition wallpapers FREE OF CHARGE for us to use. The resolution for all of the wallpapers at the site is 1600x1200 which is quite large and maybe not suitable for some computer screen.

But dont worry, as there is solution for this problem. First, check your screen resolution here. Then, use picture editing tool such as Microsoft Office Picture Manager and crop the picture according to your screen's resolution so that the wallpaper will fit your screen perfectly.




Moreover, there are a lot of categories of wallpapers at that website which are:

  • Abstract
  • Animals
  • Cars
  • Celebrities
  • Computers
  • Movies
  • Nature and Landscapes
  • Travel
  • etc


But, the only problem is you have to download one by one. But it still ok as you can choose the wallpapers which you like. Last but not least, if you know any wallpaper website which that you think is useful, please let me know. Till then~

Jun 13, 2010

Koc merah jambu

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menaiki KTM dari Shah Alam ke Stesen Sentral. Saya dapati Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) telah memperkenalkan koc merah jambu khas untuk kegunaan golongan wanita.

Golongan pengguna daripada kalangan kaum hawa rata-rata sangat menyambut baik kemudahan yang disediakan oleh KTM ini. Bertemakan ' Wanita Sahaja Sepanjang Masa', koc ini mudah dikenali melalui pelekat padan cermin gerabak dan juga kedudukannya yang berada di gerabak tengah. Cuma, yang menjadi persoalan saya,





Persoalan?

  1. Kenapa ada juga golongan hawa yang mengecam pelaksanaan koc merah jambu ini? Sedangkan koc ini diwujudkan untuk keselesaan mereka.
  2. Kenapa masih ada dalam kalangan mereka yang masih tidak mahu menggunakan kemudahan ini?
  3. Kenapa ada juga golongan lelaki yang memasuki koc ini sedangkan koc ini khas untuk golongan wanita? Namun, masalah ini bakal diatasi.

Bacaan Lanjut


Jun 12, 2010

FIFA World Cup 2010


Pendahuluan

Sekarang ini, kejohanan Piala Dunia 2010 telah bermula. Kejohanan pada tahun ini telah berlangsung di Afrika Selatan dan sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang berprestij ini. Bagi yang tidak mempunyai Astro, anda bolehlah menonton perlawanan bola sepak piala dunia ini saluran TV1.

Pasukan pilihan


Pasukan pilihan saya ialah England dan Sepanyol. Walaupun England tidak layak ke kejohanan Euro 08, namun, sejak Fabio Capello mengambil alih pengurusan England, skuad The Three Lions ini kian menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian. Selain itu, kelibat Wayne Rooney juga mampu menimbulkan keresahan kepada pertahanan lawan.


Sepanyol juga merupakan antara pasukan pilihan yang diramalkan bakal menjuarai Piala Dunia. Gandingan bekas penyerang Villareal iaitu David Villa dan juga penyerang Liverpool, Fernando Torres sememangnya merupakan gandingan yang mantap. Ketika kejohanan Euro 2008, David Villa merupakan penjaring terbanyak, manakala Fernando Torres pula merupakan penjaring gol kemenangan Sepanyol dalam kejohanan itu.

Kesimpulan

Pun begitu, walau sehebat mana pun sesebuah pasukan bola sepak, tetapi, tanpa semangat kerjasama antara ahli, pasukan itu tidak layak dikatakan pasukan yang hebat. Hal ini kerana, setiap pemain dalam pasukan bola sepak memainkan peranan yang penting dalam pasukan tersebut walaupun dia hanyalah merupakan seorang pemain pertahanan kanan.

p/s: Gambar di bawah ini hanyalah hiasan sahaja


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...