Pages

Sep 30, 2011

If I Had My Child to Raise Over Again

Salam.

This is a poem, by Diane Loomans. I read this poem in a book entitled Murabbi Cinta written by Ust. Hasrizal Abdul Jamil. I feel like I want to write the poem here.

If I Had My Child to Raise Over Again
By: Diane Loomans

If I had my child to raise all over again,
I’d finger-paint more, and point the fingers less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.

I’d do more hugging and less tugging.
I’d build self-esteem first, and the house later.
I would be firm less often, and affirm much more.
I’d teach less about the love of power, and more about the power of love.

image

Sep 12, 2011

Picture editing

Salam.

Today, I got a chance to do picture editing using photoshop. This is my first time doing it, and I found that it is quite easy to edit a picture using photoshop. I use the MEG4 picture as subject and read tutorial from the book entitled ‘Foto Hebat Dengan Kamera Kompak‘

Before

P1020261

After

P1020261

Well, the easiest way to edit is by using auto adjustment. The steps are [image] > [adjustments] > [auto tones] / [auto contrast] / [auto colour]. Also you can adjust the :

  • Levels
  • Brightness/contrast
  • Curves
  • Hue/saturation
  • Exposure
  • Selective colour

Just click at the [image] > [adjustment] > and choose the settings above. By editing the photo, you can make a photo looks magnificent. Have a try. Smile

Sep 9, 2011

Cadangan barang-barang untuk dibawa ke Mesir

Salam.

Di sini saya ada compile dan listkan barang-barang yang dicadangkan untuk dibawa oleh pelajar baru yang hendak datang ke Mesir. Saya kumpulkan dari beberapa sumber dan juga dari pengalaman saya sendiri.

MAKANAN DAN MINUMAN

DSCF9645Masak nasi ayam

Masa awal-awal datang ke sini, biasanya memang kita NOOB dalam bidang memasak. Jadi, nak tak nak, memang kenalah bawak bahan-bahan masakan/perencah/rempah. Kalau tak bawak, bolehlah dikatakan agak menderita melainkan anda memang PRO dalam masakan. Antara bahan-bahan yang saya cadangkan ialah:

1. Serbuk kari daging/ayam/ikan (bawak dalam paket kecik tapi banyak sb dapat menjimatkan ruang)

2. Serbuk kunyit

3. Rempah kurma

4. Kiub tomyam

5. Kiub ikan bilis ( untuk buat sup sayur)

6. Sup bunjut ( dalam paket sup bunjut ni dah ada bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, jadi tak payah susah-susah bawak rempah ratus)

DSCF9514Antara bahan yang dibawa dan contoh plug di Mesir (pada dinding)

7. Serbuk cili/cili kering ( kalau bawak serbuk cili lagi senang rasanya dari bawak cili kering)

8. Perencah nasi goreng/ perencah maggi/ Brahims etc (yang ni sangat PENTING masa awal-awal datang, kalau tak tahu masak dan dekat-dekat nak exam)

9. Belacan

10. Ikan bilis, udang kering dan ikan masin (kat sini tak ada)

11. Sardin dalam tin (penting masa dekat nak exam)

12. Serbuk santan ( kalau terlupa bawak, boleh digantikan dengan susu kot. Tapi kalau nak buat nasi lemak, memang tak bolehlah)

13. Asam jawa dan asam keping

14. Lengkuas, kunyit, halia (halia ada je kat sini, tapi sangat MAHAL. Kunyit dan lengkuas tak pasti)

15. Serai yang dikeringkan ( tapi kat sini ada jugak jual serai [ dekat BKAN, tapi nak pergi BKAN agak jauh]

16. Dedaun ( daun kari, daun limau purut, daun kesum, daun pandan etc – tapi kalau tak nak bawak pon boleh saja)

17. Kicap ( anda SANGAT DIGALAKKAN untuk membawanya terutamanya jika anda penggemar sejati kicap cap kipas udang. Kalau nak bawak, letak dalam botol plastik. Eg: botol 100+. Pastu cellotape-kan penutup dia kemas-kemas)

18. Sos cili ( kat sini, sos cili dia rasa lain dan tak sesedap macam kat Malaysia. Bawak yang refill pack/ dalam botol plastic cap Kimball tu)

19. Maggi ( kat sini takde Maggi, tapi ada Indomee)

20. Serunding daging

21. Milo, radix etc ( bawak dalam paket yang besar, sebab biasanya cepat habis kalau semua ahli rumah anda penggemar Milo)

DSCF9531Sapa kata kat Mesir takde nutella?

Bahan mentah seperti ayam, daging dan bahan asas dalam masakan seperti bawang putih, bawang merah ada dijual di sini. Jadi, jangan bimbang. Kalau nak makan makanan laut seperti ikan makerel, sardine, tuna, sotong, udang etc pun ada dijual. Kalau beli ikan senang, sebab kita boleh suruh orang buangkan siap-siap isi perut ikan tu.

PERALATAN ELEKTRIK

Sebenarnya, terpulanglah kepada anda samada hendak membeli di Malaysia atau hendak membeli ketika di Mesir nanti. Kalau nak beli kat Malaysia, pakat-pakatlah dengan bakal ahli rumah tentang peralatan elektrik apakah yang hendak dibawa.

1. Periuk nasi ( Tapi dicadangkan beli kat Mesir, sebab macam tak praktikal kalau nak bawak dari Malaysia)

2. Pemanas air

3. Blender

4. Sterika ( Sebaiknya bawa dari Malaysia, walaupun nanti jarang guna terutamanya untuk lelaki )

5. Wayar extension ( Kat Mesir punya kurang kualiti. Tapi taktau laa kalau ada yang berkualiti. Jadi bawak dari Malaysia lagi senang)

6. Traveller’s adapter ( Kat Mesir pakai plug dua pin, jadi macam mana nak sumbat plug tiga pin kalau tak ada benda ni ya?)

PAKAIAN

Mari kita bahagikan pakaian ikut occasion supaya lagi mudah. Walaupun di sini tiada peraturan berpakaian, apa yang pasti, anda mestilah berpakaian mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak.

DSCF9547Bersama cawe di Alex >.<

Majlis Rasmi. Ni kalau ada menteri datang ke, ada majlis penutup sesuatu program ke, atau apa-apa yang difikirkan sesuai.

1. Kemeja

2. Seluar slack

3. Tali leher

4. Baju batik

5. Kasut kulit

6. Blazer

Hari Raya. Walaupun anda datang selepas Hari Raya Aidilfitri, tapi Hari Raya Aiduladhli masih ada lagi. Juga kalau anda bercadang untuk tidak pulang ke Malaysia setelah habis tahun satu.

1. Baju Melayu lengkap

2. Songkok

3. Sampin

4. Baju Raihan

5. Jubah

Untuk ke kuliyah. Anda bebas untuk berpakaian mengikut kehendak anda untuk ke kelas. Hatta hendak berselipar pun boleh. Namun, jagalah imej anda sebagai pelajar. Paling kurang, pakailah sandal/crocs untuk ke kuliyah. Kebiasaanya, pelajar arab akan memakai kasut untuk ke kuliyah.

1. T-shirt

2. Jeans/ khaki

3. Stokin

4. Kasut yang bersesuaian ( Kat Mesir, ada dijual. Yang branded macam Adidas/Nike pun ada, tapi lagi mahal dari yang kat Malaysia. Kasut kat Mesir, dia punya tapak agak keras. Juga, Mesir negara yang berdebu, jadi sebelum membeli kasut, janganlah beli kasut yang warna putih)

5. Baju kurung

6. Tudung

7. Brooch

Musim sejuk. Walaupun musim sejuk kat sini, takdelah sampai ada salji, dan pailing sejuk dalam 10 darjah celcius, tapi sangatlah sejuk. Siyes tak tipu. Waktu anda sampai dalam bulan September nanti, cuaca masih panas.

1. Baju sejuk/ Winter coat. Terpulang samada hendak beli kat sini atau kat Mesir. Kalau kat Mesir, biasanya beli yang bundle dan lagi murah berbanding kat Malaysia. Dicadangkan anda bawak sehelai dulu dari Malaysia.

2. Baju fit (long john). Sebagai inner untuk halang angin dari kena kulit. Dipakai bersama baju sejuk. Kalau tak nak beli kat Malaysia, kat sini pun ada jual.

ALAT TULIS DAN BUKU

Kat sini macam kat Malaysia jugak, ada je dijual alat tulis. Contohnya kat kedai alat tulis depan hospital merah Faransawy. Cuma pilihan yang ada taklah seperti kat Malaysia. Even pemadam yang made in Malaysia pun ada dijual kat sini Saya cadangkan anda bawak dulu sikit alat tulis dari Malaysia. Nanti sampai sini, takdalaa kelam kabut nak pergi beli.

Cuma yang agak pentingnya ialah pensel warna sebab akan digunakan untuk subjek Histology. Orang kata pensel warna kat sini warnanya tak terang. Saya tak pasti sebab saya memang bawak siap-siap pensel warna LUNA dari Malaysia. Bawak yang besar tu pun takpe.

Manakala, buku rujukan tu takyah bawak pun tak apa. Buat berat beg je. Malahan, buku rujukan ada sahaja dijual di sini di kedai buku kat dalam kawasan universiti dengan harga yang berpatutan. Lagipun, buku teks anda nanti adalah buku yang dikeluarkan oleh department masing-masing.

PENJAGAAN DIRI DAN UBATAN

Barang – barang penjagaan diri seperti syampoo, ubat gigi, berus gigi etc ada dijual di sini. Kalau nak bawak pun, bawak barang yang anda fikirkan sesuai untuk kegunaan awal dalam sebulan dua. Takkan sampai saja di Mesir, terus nak ke shopping complex sebab nak beli sabun. Begitu juga dengan ubat – ubatan. Antara barang yang boleh dibawa ialah:

1. Syampoo

2. Ubat gigi

3. Berus gigi

4. Deodorant

5. Sabun

6. Lip balm ( cuaca kat sini panas kering, kesian kat bibir anda)

7. Losyen ( untuk mengelakkan kekeringan kulit)

8. Minyak cap kapak

9. Minyak gamat/mustika

10. Pil Chi Kit Tek Aun ( awal-awal datang, keracunan makanan tu agak normal)

11. Ubat batuk/selesema

LAIN-LAIN

1. Laptop ( Kat kuliyah tak pakai pun, tapi bawak untuk berhubungan dengan kawan-kawan dan keluarga di Malaysia melainkan kalau anda nak beli desktop kat Mesir)

2. Kamera

3. Beg kuliah

4. Cadar dan sarung bantal ( Selimut tebal musim sejuk jangan bawak, beli kat Mesir)

5. Jam loceng

6. Kit menjahit

7. Gambar berukuran passport ( dalam 10 keping/lebih)

8. Salinan IC

9. Salinan surat beranak

10. Dokumen – dokumen dari penaja

11. Al-quran berserta terjemahan

Perhubungan

Kat Mesir, ada tiga telco utama, iaitu Etisalat, Mobinil dan juga Vodafone. Kebiasaannya, pelajar di sini menggunakan Etisalat Ahlan sebab murah ( call Etisalat ke Etisalat 15sen, mesej Etisalat ke Etisalat 30sen) Ya, kat Mesir call lagi murah dari sms. Cara nak beli sim kad ialah pergi ke cawangan Etisalat yang berhampiran ( di Syari’ Kasr El-Ainy menuju ke Medan Tahrir ataupun di Etisalat cawangan Maadi [ naik Metro dan turun di stesen el – Maadi. Keluar stesen, belok ke kanan dan jalan terus sampai ke Etisalat]. Jangan lupa bawa passport untuk pendaftaran SIM.

Untuk internet pula, ada beberapa option:

1. Pergi online dekat cyber café. Tapi jarang dibuat orang kot.

2. Tarik wayar dari cyber café

3. Kalau rumah mempunyai line telefon, boleh pasang wifi.

4. Online guna handphone (LE1 sehari)

5. Guna usb broadband. Tapi mahal ( LE 149 sebulan untuk 6GB)

Kad Bank

Walaupun anda datang melalui tajaan, tapi masa awal-awal ni, adalah sangat penting untuk mempunyai kad bank yang aktif. Sebabnya duit untuk pelajar baru ni, bukannya masuk awal dan awal-awal ni pakai duit agak banyak untuk beli buku, kelengkapan bilik seperti almari pakaian, peralatan rumah etc

Selalunya, orang akan bukak akaun HSBC ( akaun bersama). Bukak akaun bersama ni akan dapat 2 kad, satu untuk kita, satu untuk parents pegang. Selepas bukak akaun, pastikan kad itu diaktifkan dulu (withdraw dan deposit kan dulu duit dalam akaun bagi kedua-dua kad), kan sampai kat Mesir, tengok-tengok kad tak boleh guna. Tak ke kesian camtu. Kalau anda dah 18tahun ke atas, boleh bukak akaun HSBC Islamic. Akaun bersama ni, kalau anda keluarkan duit di Mesir, parents akan dapat tahu. Jadi, pandai-pandai lah ye. Kalau nak bawak kad bank CIMB/Maybank/ BSN, pastikan fungsi VISA tu telah diaktifkan. Kalau tak sia-sia je anda bawak kad tu, tapi takleh keluarkan duit.

Cek Kembara

DSCF9521Orang kaya baru, sebelum semuanya habis ditukarkan

Cek kembara hendaklah ditunaikan dahulu sebelum boleh digunakan. Ada 2 tempat yang saya tahu untuk cashkan cek kembara ni iaitu:

1. American Express di Tahrir. Nak pergi ke sini, mula-mula naik Metro dan turun di Stesen Sadat. Tempat spesifiknya susah nak diterangkan, lebih baik pergi dengan senior kalau kali pertama. Saya tak pasti kat American Express ni dia caj berapa.

2. Thomas Cook di el – Maadi. Nak pergi ke sini, mula-mula naik Metro dan turun di Stesen el – Maadi. Keluar aje stesen, terus belok ke kanan dan jalan terus sampai jumpa. Kalau tukar ke dalam EGP, dia caj 2%, kalau tukar ke dalam USD, dia caj 3%.

Jangan lupa untuk membawa passport bersama ketika nak cashkan cek kembara neh.

PENUTUP

Akhir kalam, saya ingin berikan kredit kepada beberapa sumber tempat saya buat rujukan. Antaranya ialah:

1. Kak Rai ( Saya banyak amek dari list yang akak beri tahun lepas tuh)
2. Lisanul Hakim
3. Senarai Semak
4. Anak Melayu Terakhir

Kalau ditanya tentang barang mandatory untuk dibawa, saya akan mengatakan yang bahan masakan seperti rempah/perencah merupakan antara barang yang wajib dibawa. Pastu, lip balm dan losyen juga penting awal-awal, takut kulit kering sangat dan bibir merekah. Kemudian, pil chi kit tek aunt u penting juga dan kad bank. Sebab duit masuk lambat awal-awal neh.

Dan yang penting, tetapkan dan ikhlaskan niat anda sebelum datang ke Mesir. Kalau ada apa-apa persoalan, bolehlah diajukan kepada saya di ruang komen di bawah ini. Mana-mana yang saya boleh jawab, insyaAllah saya akan jawab. Saya juga telah sedaya upaya untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah betul, namun saya adalah manusia biasa yang terdedah untuk melakukan kesilapan. Sebarang pembetulan juga boleh dinyatakan di komen di bawah.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...