Pages

Oct 15, 2009

Sanah Helwah!

Ulang tahun kelahiran “Sanah Helwah”, “Happy Birthday”, “Alles Gute zum Geburtstag”, “Joyeux anniversaire” etc merupakan sinonim dalam bahasa2 lain kepada Ulang tahun kelahiran. Acap kali kita di zaman ini terutamanya di kala usia remaja ini (eh, remaja lg ke?), ulang tahun hari kelahiran merupakan salah satu daripada ‘event’ yang ‘bermakna’ dan dinanti-nantikan. Tambahan pula di dalam tamadun Barat ini (eh, tahu kan kalendar yang kita guna sekarang ialah kalendar Masihi?), rata-rata daripada kita akan menunggu-nunggu saat-saat tepat masuk jam 12 tengah malam tarikh sebelum ‘Hari Jadi” untuk kita mengucapkan “Happy Birthday!!”

Saya masih ingat ketika kami bersama-sama ‘celebrate’ birthday pakcik kami tidak lama dahulu. Hmm..tazkirah yang sangat terkesan di hati saya. Beliau menghargai usaha kami dengan kek dan satay untuk menyambut ‘birthday’ beliau, tapi antara yang mengesankan ialah.. “Birthday saya bukan harini” sebaliknya mengatakan bahawa birthday nya adalah sekian2 haribulan (menurut kalendar Hijr). Sambil tersenyum pakcik kata (lebih kurang bunyi ya) “Inilah hebatnya tamadun, sampai celebrate birthday pun, nak ikut cara (kalendar) mereka, kesian kite kan?”

Pada saya, ada logiknya juga pernyataan beliau tu. Betapa besarnya kesan tamadun kepada dunia, kerana majoriti penduduk dunia ini akan menurut cara hidup mereka yang memegang tamadun ketika itu. Dan sambutan ulang tahun kelahiran ini juga salah satu daripada cara hidup mereka. Kalau ditambah dengan megadakan party etc, hmm.. lebih-lebih lagilah.

Dan sebenarnya apa yang kita raikan? Kita bukan sahaja meraikan sudah berapa tahun kita hidup, sebaliknya kita juga meraikan ‘baki umur’ kita di dunia ini.Hmm..betul tak? Jadi, selayaknya hari ulang tahun kelahiran kita merupakan antara hari yang baik untuk kita muhasabah dan reflek, tentang apa yang sudah kita lakukan sepanjang tahun yang telah kita laui dengan jayanya. Dan juga menjadi tazkirah terbaik buat kita untuk bertanya pada diri, apakah perancangan kita untuk menguruskan baki umur yang tinggal (yang tidak diketahui sebenarnya) sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini.

kredit kepada site ni

In hijri
- Thursday 18 Raby` al-THaany 1413 A.H.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

- Sedang melakukan update ni pada Hari Jumaat (30 Oktober), so maknenya dah terlewat 2 minggu.

- Sy terpaksa langgar janji sendiri taknak copy/paste artikel org pasal mmg xde mase nk tulis artikel sendiri.

- SPM tinggal dlm 19 hari lagi, doakan segala urusan kami dipermudahkan dalam menjawab SPM nanti.

- Oh yes, Sanah Helwah to all my friends who share same birthday month with me.

- Kalu ade kesempatan, insyaAllah nk post pasal jamuan kelas 5A1

- Artikel yang dlm list nk tulis/review lpas SPM (insyaAllah)

  • 125zR - Legendary of Moped
  • How to buy things online
  • Sony video mp3
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...