Pages

Apr 5, 2008

Bagaimana untuk menyelamatkan telefon bimbit yang basah - Bahagian 1

1. Keluarkan telefon bimbit dari air secepat yang mungkin

Walaupun penutup plastik telefon bimbit agak ketat, namun air tetap boleh masuk ke dalam telefon bimbit. Walaupun masa agak singkat - 20 saat atau kurang, ambil telefon bimbit anda dari dalam air dalam tempoh tersebut.

2. Keluarkan bateri

Ini merupakan antara langkah yang terpenting kerana air dan elektrik tidak boleh bercampur. Memotong bekalan tenaga telefon bimbit merupakan langkah pertama yg terpenting dalam menyelamatkan telefon bimbit. Kebanyakan litar dalam telefon bimbit akan terselamat apabila terendam dalam air jika bateri dicabut dari telefon secepat yang mungkin.

3. Keluarkan kad SIM anda

Sebahagian ataupun semua nombor kenalan anda (bersama data-data lain) disimpan dalam kad SIM. Bagi sesetengah orang, kad SIM lebih bernilai daripada telefon itu sendiri. Kad SIM kalis air(tidak rosak walaupun terkena air), namun tidak seperti menjemur kad SIM di bawah sinaran matahari untuk mengeringkannya merupakan satu langkah yang tidak bijak. Untuk mengeringkan kad SIM, cuma biarkan kad SIM diletakkan di tempat yg sepatutnya seperti dalam almari.

4. Keringkan telefon anda.

Anda juga perlu mengeluarkan sebanyak mungkin air secepat yang boleh. Gunakan tuala untuk mengeluarkan air.


5. Biarkan telefon mengering

Memandangkan anda tidak mahu merosakkan telefon anda ataupun hilang segala nada dering dan grafik dalam telefon anda, anda perlu membiarkan telefon anda mengering. Jangan sesekali memasang bateri untuk melihat sama ada telefon anda berfungsi ataupun tidak kerana ini akan meletakkan risiko kerosakan pada telefon melalui litar pintas.

6. Tunggu

Ini merupakan bahagian yang paling sukar - biarkan telefon anda sendirian tanpa memasukkan bateri dan kad SIM, sambil menunggu telefon mengering perlahan-lahan. Cuma perlu letakkan telefon anda di tempat yang sesuai, panas dan kering, tidak tertutup supaya air dapat tersejat.

7. Uji telefon anda.

Setelah menunggu selama tiga hari, pastikan semuanya bersih dan nampak kering, kemudian pasangkan bateri pada telefon untuk melihat sama ada telefon anda berfungsi ataupun tidak. Jika ia tidak berfungsi, cuba hantar telefon anda pada pengedar yang bertauliah. Kadang-kadang mereka dapat membaiki telefon itu.


Cara yang kurang berisiko untuk mengeringkan telefon anda.

- Letakkan telefon anda atas monitor komputer atau tv paling kurang 24 jam (sehingga 3 hari). Haba lemah yang dipancarkan cukup untuk mengeringkan telefon anda secara lembut.

- Semakin lama telefon anda basah, semakin tinggi risikonya untuk rosak. Untuk mengeringkan telefon anda lebih cepat dari suhu bilik, letakkannya dalam satu mangkuk beras yang kering dan belum dimasak kerana beras dapat menyerap kelembapan dan dapat mengeringkan telefon anda dari dalam.

- Satu teknik alternatif ialah letakkan telefon ( bateri, kad SIM, memori kad dikeluarkan) dalam beg plastik bersama dengan silica(kalsium klorida kontang - yang biasanya diletakkan dalam kotak kasut). Kemudian ikat plastik itu. Biarkan telefon anda selama sehari atau dua. Silica berfungsi untuk menyerap kelembapan.

0 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...