Pages

May 30, 2010

TM Net Laju?

Sebelum ni saya ada post yang kelajuan internet menggunakan Maxis Broadband agak laju walaupun mempunyai bandwidth limit. Namun, sila lihat download speed di bawah. Muat turun video ini dilakukan di makmal komputer kolej kediaman.



Masih tidak percaya yang speed TM laju? Sila lihat gambar seterusnya.




Cubaan Pertama



Cubaan Kedua - 31.59 Mb/s



Cubaan Ketiga



Cubaan Keempat



Cubaan Kelima


Walaupun begitu, saya bukanlah peminat setia TM. Saya masih belum berpuas hati dengan perkhidmatan Streamyx, bayangkan, nak dapatkan download speed 80kbps pun susah.

p/s: Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seorang lagi sahabat saya yang akan melanjutkan pelajaran ke Jordan. =)

May 28, 2010

Speed Internet

Sebelum ni tak pernah terfikir pon kelajuan internet boleh dapat macam ni.



Tapi masalahnye, walaupun laju, tak boleh download sesuka hati sebab ada limit.
Waaaa, nak buat macam mane, it is better than nothing. =)

May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Salam~

Semenjak berada di INTEC, susah nak update blog. Tapi apapun, akan kucuba juga untuk melakukannya. Pada hari ini, iaitu 16 Mei, yang juga merupakan hari guru, saya ingin berkongsikan sajak yang pada saya merupakan sajak lagenda yang dikarang oleh Arwahyarham Usman Awang.





BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Sajak ini saya dedikasikan kepada semua guru yang telah mengajar, mendidik dan membimbing saya sejak saya memulakan pendidikan rendah di SK Seri Budiman hinggalah saya menamatkan pendidikan peringkat menengah di SMKA Sheikh Abdul Malek.

Jasa kalian tidak akan saya lupakan insyaAllah. Saya juga mendoakan agar kalian sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah dan sentiasa berada di bawah rahmat-Nya. Saya juga mendoakan agar kalian dikurniakan kesihatan yang baik agar sentiasa dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

.I LOVE MY TEACHERS.
credit to hishamuddin, thanks for allowing me to steal it. haha.

p/s: Tgh curi2 update blog smbil wak kije CL. InsyaAllah, I'll give my work to her. Hope she will appreciate it. =)

p/s: Ingat nk wak list cam Isham gop, tp apekan daya, takut ade gop name2 cg yang saya terlupa. Nak2 admath time f4, bnyk ngat tukar cg.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...