Pages

Nov 2, 2010

Pencetus

"Afiq!!!Lame dop update blog!!come on dude"

Salam.

Setelah menyepi lebih kurang dua bulan, di pagi yang hening ni, aku buat keputusan nak update blog dalam keadaan mood menyambut Eidul Adha.

Orang kata, "Mesir ini bumi nabi Musa dan juga bumi Firaun, jadi pandai-pandailah pilih nak ikut yang mana". 18 September 2010,setibanya di Cairo International Airport, kami semua disambut oleh Pegawai JPA dan juga PERUBATAN. PERUBATAN atau Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir merupakan persatuan yang menaungi mahasiswa sains kesihatan di sini. Kami seterusnya dibawa ke ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbassiah) untuk menjalani Program Sambutan Mahasiswa baru.

Nama baru ARMA ialah DMAK (Dewan Malaysia Abbassiah Kaherah)

Setelah tamat PSMB, bermulalah kehidupan di bumi Kaherah. Di sini, kami banyak dibantu oleh senior-senior untuk memudahkan urusan kami. Jutaan terima kasih diucapkan buat mereka kerana sudi membantu kami, dari urusan rumah sewa sehinggalah cara menggunakan pengangkutan awam.

24 September 2010, diadakan taklimat untuk pelajar oleh pihak universiti. Keesokan harinya, kelas pun bermula dengan subjek Histologi sebagai subjek yang pertama dipelajari. Bercakap pasal pelajaran pulak, untuk tahun satu, terdapat enam subjek yang dipelajari iaitu Histology, Physiology, Anatomy, Biochemistry, English dan Arabic.


Sekolah Perubatan Kasr el-Ainy, Universiti Kaherah

Perubahan yang dialami

Perubahan di sini bermaksud perubahan persekitaran yang dialami, dari segi masyarakat dan juga cuaca. Kemudian dari segi sistem dan cara hidup masyarakat di sini. Mesir merupakan negara yang dihuni 99.6% orang arab Mesir. 90% daripada penduduknya merupakan orang Islam. Mereka menggunakan bahasa arab dialek Mesir (Ammiyah).

Masa mula-mula sampai dulu, terkejut juga melihat persekitaran yang dipenuhi orang Arab yang semestinya bercakap dalam bahasa Arab. Sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang untuk ke ARMA, aku sedar yang cuacanya pun berbeza dari Malaysia. Kat sini, iklimnya panas dan kering. Bezanya yang aku perasan, kalau panas kering ini, cahaya matahari sangat mencengkam kulit. Juga, kalau nak jemur baju pun, cepat je kering baju tu.

Cabaran

Cabaran berada di mana-mana, namun aku kira, cabaran berada di perantauan lebih sedikit berbanding berada di tanah air sendiri. Berada di sini kadang kala membuatkan aku merindui suasana di tanah air sendiri. Apa apapun, cabaran dan dugaan mematangkan seseorang itu. Aku tak ingin bercerita dengan lebih lanjut cabaran di sini.


B-boy yang nakal, tapi dah kene jual



Pantai Batu Buruk Lama, tempat mendamaikan jiwa

Target

"Begins with ends in mind". Setiap orang perlu meletakkan target dan matlamat dalam hidup iaitu berkenaan dengan apa yang ingin dicapai. Setakat ini, aku tak selaraskan lagi apa yang ingin aku capai di sini. Target tu sedikit sebanyak dah ada, cuma cara hendak sampai ke matlamat itu tidak berapa jelas lagi.

Penutup

Quotasi dari atas merupakan contengan oleh Saefullah pada dindingan facebook aku dan di'like' oleh Kucer yang aku jadikan sebagai pencetus untuk aku menulis. Harapnya post ini dijadikan permulaan untuk aku terus konsisten mengupdate blog. Semoga Allah mudahkan.

p/s: Rasa nk migrate ke wordpress plak, nak cuba sesuatu yang baru.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...