Pages

Apr 24, 2011

Cuti dua hari

Salam.

Hari ini hari Sabtu dan ketika ini saya berseorangan di rumah. Rakan-rakan serumah pergi ke City Stars dan esok serta lusa merupakan hari cuti umum di Mesir.( 23 April ialah Hari Easter dan 24 April ialah hari Sham-el Nasim)

Sebenarnya, tidak banyak yang saya ketahui tentang kedua-dua hari tersebut sehinggalah pada suatu hari ketika kelas Bahasa Arab, pensyarah memberitahu kepada kami tentang kedua- dua hari tersebut. Sebelum ini apa yang saya tahu tentang hari Easter hanyalah telur yang dicat dengan pelbagai corak.

Hari Easter ataupun dikenali sebagai عيد القيامة disambut oleh golongan Nasrani. Mengikut kepercayaan mereka, hari ini disambut sebagai mengenangkan kebangkitan semula Jesus. Hari ini juga menandakan berakhirnya tempoh puasa mereka selama 40 hari. Cara puasa mereka ialah mereka tidak makan sesuatu yang mempunyai roh seperti ayam dan lembu ataupun hasil daripada sesuatu yang mempunyai roh seperti keju dan mentega. Mereka juga akan memberikan telur yang dicat berwarna warni kepada sanak saudara mereka. Telur itu melambangkan permulaan kehidupan yang baru, sebagaimana kehidupan bermula bagi seekor anak ayam yang baru menetas.

image

Manakala, hari Sham el-Nasim pula ialah perayaan masyarakat Mesir sejak zaman lampau iaitu spesifiknya semenjak zaman firaun. Sham el-Nasim bermaksud “ bau musim bunga”. Hari ini menandakan permulaan musim bunga dan disambut oleh masyarakat Mesir sama ada yang beragama Islam mahupun Kristian. Hari Sham el-Nasim juga mempunyai makanan, adat dan budaya tersendiri. Pada hari ini, kebiasaannya mereka akan memenuhi taman-taman dan juga di kawasan Sungai Nil. Mereka juga akan mewarnakan telur mengikut cita rasa mereka dan telur itu juga akan dimakan bersama فطيرة ( macam roti canai). Malahan, mereka juga menyediakan ikan masin.

image

Penutup 

Perayaan Easter merupakan perayaan  agama lain, jadi umat Islam dilarang untuk menyambutnya. Namun, festival Sham el-Nasim pula perayaan masyarakat. Saya yakin sambutannya amat meriah. Tadi ada seorang ammu memberitahu saya sedikit sebanyak tentang sambutan perayaan ini. Berada di negara orang dapat mendedahkan kepada kita sedikit sebanyak tentang budaya mereka. Yang baik dan sesuai dengan tuntutan syariat, kita boleh ambil manakala yang kurang baik itu kita jadikan sempadan.

Apr 18, 2011

The final exam

Salam.

Here is the schedule for the coming final examinations for the first year. Basically, there are 3 types of examinations which are practical, written and oral.

Practical

Physiology: 30 April
Biochem: 3 May
Histology: 8 May
Anatomy: 22 May

Written

Physiology    : 7   Jun (10a.m-1 p.m)
Histology       : 15 Jun (10a.m-1 p.m)
Biochemistry: 22 Jun (10a.m- 1p.m)
Anatomy       : 30 Jun (10.a.m-1p.m)
English         : 5   July (10 a.m-1p.m)

The oral examination is between the written examination. Since I’m not really do well in the mid year examination, I really have to give my best for the final examination. Ma’a taufiq wa an-najah fi al-imtihaan.

image

Apr 7, 2011

Sistem Pernafasan Itu Kedua-duanya

Salam.

Teringat kisah masa sekolah dulu, ketika dalam makmal Biologi, ketika belajar tajuk respiration.

Teacher : Respiration ini sebenarnya involuntary.

Saya: Macam mana involuntary teacher? Bukan ke kita boleh kawal pernafasan ini masa kita tahan nafas.

Teacher : Yelaah tu, cuba tengok lama mana jugak awak boleh tahan nafas.

Saya: Ooooo.

image

Kat universiti pulak, tajuk Physiology of Respiratory System merupakan antara subjek penting untuk tahun satu. Melalui subjek inilah saya mengetahui sesuatu yang baru bahawa sistem pernafasan itu unik. Sistem ini merupakan sistem involuntary yang boleh dipengaruhi secara voluntary.

Lagipun, kalau sistem ini merupakan voluntary, macam mana ya kita nak bernafas sewaktu kita tidur?

*voluntary= kehendak sendiri, *involuntary= luar kawalan sendiri

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...