Pages

Jun 29, 2011

Feed Demon - Pembaca RSS

Salam. Bismillah.

Saya seorang yang suka baca blog orang lain, dan saya merupakan seorang silent reader yang tegar. Dulu saya ada post pasal google reader, tapi sekarang ini saya sudah tidak menggunakan google reader.Saya gunakan Feed Demon pula.

 

Image
Memperkenalkan feed demon. Feed demon merupakan pembaca RSS (RSS reader). RSS membolehkan laman web/blog yang anda langgan memberitahu anda jika mereka mempunyai update yang terbaru. Jadi anda tak perlulah susah2 untuk ke blog mereka sentiasa untuk mengetahui samada mereka mempunyai artikel/update terbaru ataupun tidak.
Antara kelebihan feed demon ialah:

- kalau malas nak pergi kat blog dia, just baca je kat newspaper

- boleh syncronise dengan google reader
- boleh subscribe mana-mana blog yang kita suka
- lebih teratur dan nampak simple
- keserabutan iklan atau lagu dapat dihilangkan

Kekurangan:

- kadang – kadang, video yang dipaparkan tidak keluar
-  kadang – kadang, software ni hang tanpa sebab 
-  ada iklan dekat inferior lateral (baca: bawah kiri). Kalau nak buang iklan ini, kena upgrade

Akhir sekali, memetik kata-kata seorang sahabat saya,

“Tak semua benda kita boleh rasa dan alami sendiri, ada sebahagiannya kita dapat daripada pengalaman kawan-kawan. Itulah gunanya kita berkawan dengan macam-macam jenis manusia, tak kira umur dan latar belakang supaya kita boleh ambil pengajaran dan pengalaman”

Bagi saya, dengan membaca apa yang kawan-kawan kita coretkan, paling tidak, kita dapat merasai pengalaman tersebut secara tidak langsung. Tak semua benda dalam dunia ni yang kita dapat buat dan dapat kita rasa.

p/s: alternatif kepada software ini iaitu Newslife dari Apple. Newslife nampak macam menarik, tapi saya dah menggunakan Feed Demon.

* Masih dalam fatrah exam. Khamis ini oral histo. Minggu depan Physio.

Jun 12, 2011

Peteh Terengganu Peteh

Salam.

Semalam ada perlawanan final Piala FA bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil antara pasukan Kelantan dan pasukan Terengganu. Memandangkan saya merupakan anak jati Terengganu, sudah pasti saya menyokong pasukan Terengganu. Tapi malangnya, perlawanan tersebut tidak dapat saya tonton atas sebab – sebab tertentu.

image

Tapi mujurlah ada insan yang memuat naik video tersebut di youtube. Berikut adalah link video-video tersebut.

Gol Kelantan: Azwan Roya (0-1)
Gol Terengganu: Daudsu (gol sendiri, 1-1), Nordin Alias (1-2)

Dan Terengganu memenangi perlawanan tersebut. Gol yang cantik dijaringkan oleh Azwan Roya namun malang buat Daudsu kerana dia tertanduk bola ke gawang sendiri. Pada saya, tidak wajar untuk menyalahkan dia kerana dia telah mencuba untuk membuang bola itu keluar tapi tidak berhasil. Saya masih ingat kesilapan yang sama pernah dibuat oleh Riise ketika Liverpool menentang Chelsea dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara- Juara Eropah.

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu. Saya harap dapat melihat kalian mengulangi kejayaan tahun 2001 dengan menjulang Piala Malaysia pula.

Jun 10, 2011

2 Tujuan

Salam.

Kata Dr Akeef, profesor subjek Physiology,

“Ada dua tujuan anda semua datang ke sini. Pertama, untuk mendapatkan MBBCh dan yang kedua, untuk mengetahui bahasa Arab supaya kamu dapat mengenali agama kamu”

InsyaAllah. Tapi yang pastinya, bukannya senang untuk mencapai 2 tujuan ini. :)

Jun 8, 2011

Jadual baru final

Salam.

Aritu saya ada post pasal jadual final exam. Sebenarnya ada sedikit perubahan pada jadual tersebut. Berikut adalah jadual terbaru final exam.

DSCF9842

Jadi masih ada dalam 8 hari lagi untuk bermulanya peperiksaan final ini. Doakan supaya urusan kami dipermudahkan oleh Allah.

p/s:

DSCF9845

Satu buku ilmiah, satu lagi novel. Dibeli di AUC Bookstore kat Tahrir.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...