Pages

May 20, 2014

Frozen


"Featuring the voices of Kristen Bell and Idina Menzel, "Frozen" is the coolest comedy-adventure ever to hit the big screen. When a prophecy traps a kingdom in eternal winter, Anna, a fearless optimist, teams up with extreme mountain man Kristoff and his sidekick reindeer Sven on an epic journey to find Anna's sister Elsa, the Snow Queen, and put an end to her icy spell. Encountering mystical trolls, a funny snowman named Olaf, Everest-like extremes and magic at every turn, Anna and Kristoff 
battle the elements in a race to save the kingdom from destruction. (c) Disney"

Watching this movie in 3D is really cool. The ice and rain look real plus Disney's characters are adorable. 








Below is the trademark song of this movie. The title is 'Let It Go'

May 1, 2014

Susu Ibu




Dalam kelas ‘Community Medicine’ hari ini, kami belajar tentang pemakanan golongan yang memerlukan nutrient khusus disebabkan keperluan fisiologi mereka. Antaranya ialah golongan bayi di bawah umur setahun. Golongan ini memerlukan pemakanan yang secukupnya untuk pertumbuhan yang normal. Untuk pengetahuan, berat badan bayi bertambah sekali ganda ketika umurnya 4 hingga 6 bulan.

Antara sumber utama makanan bayi ialah susu ibu. Untuk beberapa hari pertama selepas kelahiran, susu ini dinamakan kolostrum. Berbanding susu ibu yang normal, kolostrum mengandungi lebih protein, sodium, potassium dan chloride serta kurang gula dan lemak.

90% daripada susu ibu ialah air. Manakala bakinya ialah karbohidrat, protein dan lemak. Susu ibu mempunyai kebaikan untuk bayi. Antaranya:

a.       Pilihan terbaik nutrient untuk bayi
b.      Membekalkan pertahanan untuk melawan bakteria dan virus
c.       Membantuk merangsang sistem pertahanan badan bayi
d.      Mengurangkan kecenderungan bayi itu untuk menjadi obes
e.      Ikatan antara ibu dan bayi
f.        Membantu perkembangan rahang, gigi dan pertuturan bayi

Kebaikan untuk ibu pula ialah:

g.       Dapat membantu memulihkan diri daripada mengandung
h.      Salah satu cara untuk menjarakkan anak (walaupun kadang kala tidak menjadi)
i.         Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara
j.        Dapat menjimatkan duit dan masa

Penyusuan hendaklah dimulakan selepas melahirkan anak (biasanya lepas setengah jam) supaya pengeluaran susu dapat dirangsang dan juga kerana kolostrum yang dihasilkan mempunyai nilai anti jangkitan. Penyusuan ibu secara eksklusif boleh dilakukan untuk tempoh 6 bulan pertama. Selepas itu makanan separa pepejal bolehlah diberikan kepada bayi (dari tempoh 6 bulan hingga 2 tahun) tanpa melupakan susu ibu. 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...