Pages

Aug 28, 2011

Kembara: Matruh dan Siwa

Salam.

Aritu, selepas final exam, saya berkesempatan untuk menyertai kembara Matruh dan Siwa anjuran BKAN Perak. Matruh tu pekan pantai, kat sini ada banyak pantai yang cantik-cantik. Pantai-pantai di sini menghadap laut Mediterranean. Manakala Siwa pula ialah salah satu oasis yang ada kat Mesir ni selain Bahariya, Fayyoum dan lain-lain ( tak ingat, rasanya ada 7 semua sekali oasis). Siwa juga terletak berdekatan dengan sempadan Libya. Antara tarikan di Siwa ialah kesan peninggalan sejarahnya.

Matruh

Matruh ni terletak agak jauh dari bandar Kaherah. Perjalanan ke sini mengambil masa dalam 9 jam. Untuk ke sini, akan melalui jalan padang pasir (jalan yang dibina di tengah-tengah padang pasir) iaitu Alex-Marsa Matrouh Desert Road

padang pasirKiri kanan padang pasir

DSCF9968 
Unta di padang pasir

dan juga melalui kawasan El-Alamein. Bagi sesiapa yang pernah bermain game Call of Duty 2 pasti pernah mendengar tempat ini. Tempat ini pernah menjadi saksi ketika peperangan dunia kedua dahulu. Kat sini juga ada muzium perang dan juga kubur tentera yang mati ketika peperangan itu dulu. Kawasan ini merupakan kawasan padang pasir yang luas, jadi amatlah sesuai untuk peperangan kereta kebal secara terbuka. Klik sini kalau anta rajin untuk membaca, klik sini pula kalau anda ingin menonton video tentang Battle of El-Alamein.

DSCF0083El – Alamein Military Museum – tapi tak boleh masuk sebab dah tutup

DSCF0085
Artilery isnt?

Di Matruh, ada 3 pantai yang dikunjungi iaitu pantai-tak-ingat-nama, pantai Cleopatra pantai Ajibah, dan pantai Ubaid. Cakap secara jujurnya, pantai-pantai kat sini memang cantik dan macam pantai kat Malaysia malahan ada juga yang lagi cantik dari pantai kat Malaysia.

DSCF9871Pantai yang pertama, lupa apa nama dia

DSCF9875Bersama dengan ahli rombongan

DSCF9870Ustaz Mohd, salah sorang AJK program. insyaAllah dia grad tahun ni.

Kalau pergi pantai, mestilah aktiviti utamanya ialah bermandi manda. Jadi itulah aktiviti kami. Sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan kerinduan untuk mandi pantai kat Malaysia. Selepas itu, pantai Cleopatra dilawati.Antara tarikan kat sini ialah hammam (tempat mandi) Cleopatra. Cleopatra merupakan salah seorang firaun Mesir dahulu yang digambarkan sebagai seorang wanita yang cantik.

DSCF9889Patung gambaran wajah Cleopatra

DSCF9893Binaan yang sebelah kiri itulah hammam Cleopatra

Kemudian, pantai Cleopatra ditinggalkan dan pantai Ajibah pula dilawati. Ajibah bermaksud ajaib (kalau tak silap). Di sini, menjelang senja, warna air laut yang kelihatan adalah sebanyak 7 warna disebabkan oleh pembiasan cahaya ketika matahari hampir terbenam tapi selepas saya bilang, tak sampai 7 pun yang kelihatan.

DSCF9908Budak arab yang ditemui

DSCF9911
Emm? >.<

DSCF9938
Di tebing pantai

Pantai yang terakhir dilawati di pekan Matrouh ini ialah pantai Ubaid. Bagi saya, pantai ini paling mempersonakan. Sila nikmati gambar – gambar pantai ini. ^^

DSCF0080Sekitar kawasan pantai

DSCF0041Main air

DSCF0037
Melompat

DSCF0076
Barisan dalam air

DSCF0077
Yeahhhh!

Sekian. InsyaAllah entry pasal Siwa saya buat post lain. Entry ini dah lama tulis, cuma sekarang baru rajin nak habiskannya. T.T

p/s: Ramadan dah nak berakhir, jom kekalkan momentum sehingga ke penghujungnya. Smile

Aug 17, 2011

Wordless Wednesday #1

Salam.

291120_2288070923270_1293843825_2807793_3895105_o

Just a photo of kenduri with my friends at Pantai Batu Buruk at 2 a.m. after long time no see.

Aug 1, 2011

Ramadan Kareem

Salam.

Selamat menyambut Ramadan 1432H. Kalau orang ucapkan kat kita “Ramadan Kareem” kita kene jawab “ Allahu Akram”


Nabi s.a.w. bersabda

“من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه”

“Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."

Marilah kita sama-sama merebut ganjaran dalam bulan Ramadan ini. =)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...