Dalam kelas ‘Community Medicine’ hari ini, kami belajar tentang
pemakanan golongan yang memerlukan nutrient khusus disebabkan keperluan
fisiologi mereka. Antaranya ialah golongan bayi di bawah umur setahun. Golongan
ini memerlukan pemakanan yang secukupnya untuk pertumbuhan yang normal. Untuk
pengetahuan, berat badan bayi bertambah sekali ganda ketika umurnya 4 hingga 6
bulan.
Antara sumber utama makanan bayi ialah susu ibu. Untuk beberapa hari
pertama selepas kelahiran, susu ini dinamakan kolostrum. Berbanding susu ibu
yang normal, kolostrum mengandungi lebih protein, sodium, potassium dan
chloride serta kurang gula dan lemak.
90% daripada susu ibu ialah air. Manakala bakinya ialah karbohidrat,
protein dan lemak. Susu ibu mempunyai kebaikan untuk bayi. Antaranya:
a. Pilihan terbaik
nutrient untuk bayi
b. Membekalkan
pertahanan untuk melawan bakteria dan virus
c. Membantuk
merangsang sistem pertahanan badan bayi
d. Mengurangkan
kecenderungan bayi itu untuk menjadi obes
e. Ikatan antara
ibu dan bayi
f.
Membantu perkembangan rahang, gigi dan
pertuturan bayi
Kebaikan untuk ibu pula ialah:
g. Dapat membantu
memulihkan diri daripada mengandung
h. Salah satu cara
untuk menjarakkan anak (walaupun kadang kala tidak menjadi)
i.
Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara
j.
Dapat menjimatkan duit dan masa
Penyusuan hendaklah dimulakan selepas melahirkan
anak (biasanya lepas setengah jam) supaya pengeluaran susu dapat dirangsang dan
juga kerana kolostrum yang dihasilkan mempunyai nilai anti jangkitan. Penyusuan
ibu secara eksklusif boleh dilakukan untuk tempoh 6 bulan pertama. Selepas itu
makanan separa pepejal bolehlah diberikan kepada bayi (dari tempoh 6 bulan
hingga 2 tahun) tanpa melupakan susu ibu.