Salam.
Ada apa dengan 11 Februari? Tentunya tarikh ini akan diingati oleh rakyat Mesir sebagai tarikh yang bersejarah, kerana pada tarikh ini, presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir yang ketiga. Beliau menyerahkan jawatan presiden kepada pihak tentera. Kejayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan kerana demonstrasi yang mereka adakan sejak 25 Januari membuahkan kejayaan.
Penunjuk perasaan meraikan kejayaan di Dataran Tahrir [sumber: Reuters]
Di sini, saya ingin mempromosikan sebuah laman web, We are all Khaled Said. Untuk pengetahuan, Khaled Said, 28 tahun, telah diseksa sampai mati oleh dua anggota polis Mesir di sebuah jalan. Kejadian tersebut telah menyedarkan warga Mesir untuk menentang tindakan penyeksaan secara sistematik di Mesir dan undang-undang darurat selama 30 tahun. Mereka memerlukan sokongan antarabangsa untuk membantu mereka menentang tindakan keganasan polis di Mesir. Kewujudkan laman web ini merupakan antara pencetus semangat rakyat Mesir untuk turun ke jalanan bagi mendesak Mubarak meletakkan jawatan.
Semoga kejayaan ini adalah sebagai permulaan ke arah pembaikian Mesir dari segala macam masalah dan ketidakadilan yang berlaku terhadap penduduknya.
Semoga selepas ini sekatan di Rafah dapat diruntuhkan agar bantuan ke Palestin dapat disalurkan.
Semoga kejayaan ini memberikan keuntungan kepada Islam
0 comments:
Post a Comment