Pages

May 30, 2011

Tahniah Barca

Salam.

Semalam ada perlawanan final Liga Juara-Juara Eropah, antara pasukan Barcelona dengan Manchester United di Wembley, England.

image

Final ini adalah final yang ketiga yang pernah saya tonton, selepas 2 kali final antara Liverpool dan AC Milan (pada 2005 dan 2007). Tahun 2005 dimenangi oleh Liverpool manakala tahun 2007 dimenangi oleh AC Milan.

Capture

Dalam perlawanan itu, Barcelona menundukkan Manchester United dengan 3 jaringan berbalas 1. Gol mereka dijaringkan oleh Pedro Rodríguez, Lionel Messi dan David Villa manakala gol Manchester United dijaringkan oleh Wayne Rooney.

Tahniah diucapkan kepada Barcelona kerana berjaya menafikan kemenangan Manchester United. Perlawanan semalam jelas didominasi mereka dan mereka dapat menguasai perlawanan dengan begitu baik sekali. Saya kira, sesiapa pun yang menonton perlawanan tersebut, pasti terhibur dengan corak permainan yang dipersembahkan oleh Barcelona.

0 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...