Pages

Jan 19, 2012

Teori Episod Terakhir Doraemon (Sahabat sejati akan selalu di hati)

Salam.

Kita tentunya terbiasa membaca komik Doraemon. Tentunya kita terbiasa dengan watak kucing robot yang tidak mempunyai telinga dan amat takutkan tikus.Tidak dapat dinafikan bahawa Doraemon merupakan antara salah satu daripada cerita kartun yang mewarnai zaman kanak-kanak saya.

Tetapi, adakah anda mengetahui kesudahan kisah Doraemon ini? Jika anda tertanya-tanya, apakah kesudahan cerita ini, marilah menonton video ini. Video The Final Doraemon bukanlah merupakan kesudahan siri Doraemon yang rasmi. Video ini dihasilkan oleh Tajima T Yasue ini merupakan antara versi pengakhiran Doraemon yang terkenal.
 

Sinopsis

Suatu hari, Nobita pulang ke rumah dan meminta sesuatu dari Doraemon. Namun Doraemon diam seribu bahasa. Nobita menjadi berang dan secara tidak sengaja, dia tertampar Doraemon. Melihatkan keadaan Doraemon yang masih tidak sedarkan diri, Nobita menjadi panik dan menghubungi adik Doraemon iaitu Dorami. Dorami mengatakan abangnya itu mungkin kehabisan bateri dan proses untuk menggantikan bateri itu tidak semudah yang disangkakan. Hal ini kerana kerana Doraemon tiada simpanan memori dan jika bateri digantikan, memori Doraemon bersama Nobita akan hilang selamanya.

Nobita diberikan 2 pilihan, iaitu menukarkan bateri Doraemon di kilang masa hadapan ataupun membiarkan keadaan Doraemon seperti itu dan menunggu sehingga ada teknologi baru dicipta. Nobita berasa sangat sedih kerana terlalu banyak kenangan dia bersama Doraemon. Sejak itu, Nobita belajar bersungguh-sungguh dan banyak berubah. Dia berazam untuk menghasilkan teknologi yang mampu menghidupkan semula Doraemon. 

Apa yang boleh kita dapat?

Kalau anda hayati video ini betul-betul, anda akan dapati kisah ini sangat menyentuh hati. Nobita tidak sanggup untuk membiarkan memorinya bersama Doraemon hilang begitu saja dan memilih pilihan yang kedua. Kita dapat lihat bahawa dia sendiri yang mencipta teknologi untuk menggantikan bateri Doraemon tanpa menyebabkan hilang memori. Pilihan ini bukannya satu pilihan yang senang. Dia sanggup untuk ubah hidupnya dan belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan impiannya tercapai. Ada satu quote dalam cerita ini yang menarik minat saya iaitu:

“But the score is not what I’m after. It’s the knowledge. I still have to work harder”

Sebabnya sesetengah daripada kita biasanya belajar disebabkan adanya peperiksaan. T.T Niat yang utama sepatutnya belajar tentulah kerana Allah s.w.t. dan untuk memahami serta mendapatkan ilmu itu sendiri. Syeikh Yusri pernah berkata, “Ilmu itu kefahaman”. Beliau ada syarah lepas tu tapi saya kurang memahami disebabkan penguasaan bahasa Arab yang lemah. T.T Ada saya terbaca cara untuk mengetahui samada seseorang itu benar-benar memahami pelajaran ataupun tidak. Kita tanya dia tentang sesuatu tajuk, pastu kalau dia boleh terangkan balik kat kita, itu tandanya dia faham. Tapi kalau dia kata, “aku faham benda ini, tapi aku jenis tak reti nak terangkan”, itu tandanya dia faham surface sahaja.

image

Contohnya kita tanya kat kawan kita, ”eh, parotid gland tu apa dia hah?”. Kalau dia jawab “em, jap nak pikir. Dia ini salah satu salivary gland. Pastu dia ni terletak dekat bawah sikit dari telinga. Pastu dia ada main superficial part, deep part ngan small accessory part. Dia punya duct bukak dekat vestibule of mouth opposite upper second molar tooth. bla2” Ini merupakan tanda yang dia ni insyaAllah faham.

Sebenarnya, saya tulis post ini sebab bagi saya video ini sangat menyentuh hati. Bayangkan Doraemon yang merupakan kawan rapat Nobita, tiba-tiba kehabisan bateri dan meninggalkan Nobita keseorangan. Disebabkan kasih dan cintanya pada Doraemon, Nobita sanggup memilih jalan yang susah demi menghidupkan semula Doraemon. Dalam musim-musim peperiksaan ini, eloklah kita sama-sama memotivasikan diri agar terus bersemangat untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

penulisan yg makin mantop!

Nadzirah binti Ahmad aka aNA said...

Serious mantap~~~ teruskan usaha dik!

Sedih jugak tgk T_T

Afiq Fadhli said...

anon: tq.

kak nad: tq. mana ada mantap kak, biasa2 saja. :)

Anonymous said...

slm.. saya pon ada tengok episod terakhir doraemon.. sgt menyentuh hati.. asik nagis je klw tengok episod tu..

btw.. saya sgt setuju dgn pendapat awak. episod ni sungguh special bagi sy sebab ia mengajar saya supaya berusaha untuk menimba ilmu lebih gigih.. bukan utk disanjung.. tetapi kerana kepentingan ilmu tu sendiri..

alhamdulillah.. i love doraemon forever.. :)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...