Pages

May 26, 2011

Terkesan

Salam.

Selepas membaca entry ini dekat blog batch, ada satu persoalan yang bermain di fikiran iaitu

 

Adakah kita masih sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita?

image

Sultan Selangor melawat mangsa kejadian

Sabda Baginda SAW:

Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia itu dari kalangan mereka

Sigh~

May 14, 2011

Sempadan Rafah akan dibuka

Salam.

Ini cerita beberapa hari sudah. Saya kutip dari website BBC news juga laman web palestinkini. Ceritanya begini, Mesir akan membuka semula sempadan Rafah secara tetap dan prosedur untuk melalui sempadan Rafah akan dipermudahkan. Ini berita gembira kerana sempadan Rafah merupakan satu-satunya sempadan ke Gaza yang tidak dikawal oleh Israel. Sebelum ini, sekatan untuk memasuki Rafah dilaksanakan ketika zaman Hosni Mubarak selepas Hamas menguasai Gaza. Berikut adalah berita asal.

image

Gaza-Egypt border crossing to open permanently

Egypt says it will open its Rafah border crossing with the Gaza Strip on a permanent basis.

The interim Foreign Minister, Nabil al-Arabi, said the blockade would be eased over the next few days.

He described the support of the previous Egyptian government for the blockade as disgraceful.

The blockade was imposed after Hamas took control of Gaza, four years ago. Israel says it is necessary to stop the smuggling of weapons into Gaza.

The announcement marks a significant shift in the foreign policy of Egypt. Under former President Mubarak the Egyptian government opposed the Hamas administration in Gaza and helped Israel to enforce the blockade.

'Collective punishment'

The blockade of Gaza was a very controversial policy. It was widely viewed as a form of collective punishment of the population of the strip because of the hardships it caused.

The International Committee of the Red Cross said in 2010 that the blockade was a clear violation of international humanitarian law.

The current Egyptian government may only be an interim one, but it is implementing the greatest shift in Egypt's foreign policy for three decades, says the BBC's Jonathan Head in Cairo.

Under Mr Mubarak Egypt strongly upheld its unpopular peace treaty with Israel, and opposed Hamas in the internal Palestinian power-struggle.

The new government, though, has already helped broker a reconciliation agreement between the two Palestinian factions.

Israeli alarm

The Rafah crossing is the only entry and exit point into Gaza that bypasses Israel.

This decision will alarm Israel, which has already condemned the deal with Hamas, our correspondent says.

Egypt is also talking about repairing its frosty relations with Iran, and upgrading ties with African countries which share its dependence on the waters of the River Nile.

A recent opinion poll showed most Egyptian respondents in favour of ending the peace treaty with Israel - but the new government has said on many occasions that it will honour existing international agreements.

sumber: BBC News

Dan ada lagi satu cerita pasal Palestin yang saya ingin kongsikan. Baru-baru ini di Kaherah, Hamas dan Fatah telah menandatangani perjanjian persefahaman bagi menamatkan perselisihan faham antara mereka selama ini. Berikut adalah berita asal:

Jumaat, 06/05/2011 – Puak Palestin yang dipimpin oleh Hamas dan Fatah telah menandatangani perjanjian menamatkan perpecahan kebangsaan. Sumber di Kaherah berkata kepada Pusat Maklumat Palestin pada hari Selasa.

Diantara mereka yang berkumpul untuk menandatangani adalah ketua biro politik Hamas Khalid Mishaal serta Azzam al-Ahmed dan Samir al-Rafaa’i dari Fatah, Ramadhan Shalah dari Islam Jihad, Ahmed Jibril dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (Perintah Umum), Mahir al-Tahir dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, dan Mohammed Ibrahim dari badan perisikan Mesir.

Seorang pegawai tinggi Mesir berkata bahawa Mesir dijemput untuk menghadiri upacara menandatangani pada hari Rabu di kementerian luar negeri Arab. Turut dijemput ialah mereka yang datang dari China, Russia, Turki, dan negara-negara Eropah, Setiausaha Agung Liga Arab Amr Moussa dan Setiausaha PBB Ban Ki-moon, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu, dan Naib Presiden Pertama Suruhanjaya Eropah Cathy Ashton.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Sebagai penutup, memetik status Ustaz Saefullah baru-baru ini “Fatah dan Hamas dan bersatu. Orang islam Malaysia bila lagi?”

Apr 24, 2011

Cuti dua hari

Salam.

Hari ini hari Sabtu dan ketika ini saya berseorangan di rumah. Rakan-rakan serumah pergi ke City Stars dan esok serta lusa merupakan hari cuti umum di Mesir.( 23 April ialah Hari Easter dan 24 April ialah hari Sham-el Nasim)

Sebenarnya, tidak banyak yang saya ketahui tentang kedua-dua hari tersebut sehinggalah pada suatu hari ketika kelas Bahasa Arab, pensyarah memberitahu kepada kami tentang kedua- dua hari tersebut. Sebelum ini apa yang saya tahu tentang hari Easter hanyalah telur yang dicat dengan pelbagai corak.

Hari Easter ataupun dikenali sebagai عيد القيامة disambut oleh golongan Nasrani. Mengikut kepercayaan mereka, hari ini disambut sebagai mengenangkan kebangkitan semula Jesus. Hari ini juga menandakan berakhirnya tempoh puasa mereka selama 40 hari. Cara puasa mereka ialah mereka tidak makan sesuatu yang mempunyai roh seperti ayam dan lembu ataupun hasil daripada sesuatu yang mempunyai roh seperti keju dan mentega. Mereka juga akan memberikan telur yang dicat berwarna warni kepada sanak saudara mereka. Telur itu melambangkan permulaan kehidupan yang baru, sebagaimana kehidupan bermula bagi seekor anak ayam yang baru menetas.

image

Manakala, hari Sham el-Nasim pula ialah perayaan masyarakat Mesir sejak zaman lampau iaitu spesifiknya semenjak zaman firaun. Sham el-Nasim bermaksud “ bau musim bunga”. Hari ini menandakan permulaan musim bunga dan disambut oleh masyarakat Mesir sama ada yang beragama Islam mahupun Kristian. Hari Sham el-Nasim juga mempunyai makanan, adat dan budaya tersendiri. Pada hari ini, kebiasaannya mereka akan memenuhi taman-taman dan juga di kawasan Sungai Nil. Mereka juga akan mewarnakan telur mengikut cita rasa mereka dan telur itu juga akan dimakan bersama فطيرة ( macam roti canai). Malahan, mereka juga menyediakan ikan masin.

image

Penutup 

Perayaan Easter merupakan perayaan  agama lain, jadi umat Islam dilarang untuk menyambutnya. Namun, festival Sham el-Nasim pula perayaan masyarakat. Saya yakin sambutannya amat meriah. Tadi ada seorang ammu memberitahu saya sedikit sebanyak tentang sambutan perayaan ini. Berada di negara orang dapat mendedahkan kepada kita sedikit sebanyak tentang budaya mereka. Yang baik dan sesuai dengan tuntutan syariat, kita boleh ambil manakala yang kurang baik itu kita jadikan sempadan.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...