Seperti
perjalanan pergi, perjalanan balik dari Catania mengambil masa selama 55 minit.
Pesawat Ryan Air mendarat di Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci- Fiumicino pada
jam 5 petang. Rome ialah destinasi terakhir jalan-jalan kami pada kali ini. Menurut
lagenda, Rome diasaskan pada tahun 753 sebelum masihi oleh Romulus. Dia
mempunyai seorang kembar iaitu Remus. Mereka dijaga oleh seekor serigala betina
setelah diabaikan oleh ibu bapa. Romulus telah membunuh kembarnya, Remus
setelah mereka bergaduh tentang lokasi kota yang akan dibuka mereka. Dia
kemudian menamakan kota itu Rome sempena namanya.
Gambar 1
Remus, Romulus dan Serigala
|
Kami hanya
mempunyai sehari setengah di bandar ini sebelum pulang ke Kaherah. Tema lawatan
ke bandar ini ialah Rome purba dan Rome kristian. Tidak lupa juga kami ingin
pergi ke Masjid Besar Rome. Destinasi pertama kami ialah Vatican City, iaitu
sebuah negara terkecil di dunia yang diketuai Pope sebagai ketua agama Kristian
katolik. Untuk ke sini, cara yang paling mudah adalah dengan menaiki Metro dan
turun di Ottaviano. Di sini ada tiga tarikan iaitu St. Peter’s Basillica, muzium
Vatican dan medan St. Peter. St. Peter’s Basillica ialah satu contoh gereja
senibina zaman Renaissance. Antara arkiteknya ialah Michelangelo. Menurut
tradisi Katolik, gereja ini ialah tempat St. Peter dikebumikan setelah dibunuh
dengan cara disalib terbalik. Beliau ialah seorang daripada 12 pengikut Jesus
dan juga Pope yang pertama.
Gambar 2: Berlatarbelakangkan St Peter's Basillica
|
Kemudian, kami
menuju ke muzium Vatican melalui medan St. Peter. Biasanya orang berkumpul di
medan ini untuk mendengar amanat daripada Pope. Muzium Vatican terletak tidak
jauh daripada St. Peter’s Basillica. Di sini terdapat pelbagai koleksi barangan
yang pernah dimiliki oleh Pope terdahulu sepanjang abad seperti lukisan-lukisan
dan ukiran-ukiran. Kami sedikit kecewa kerana kami fikirkan yang muzium ini ada
menceritakan tentang agama kristian dan Jesus daripada sudut padang Kristian
Katolik, namun pameran yang ada di sini tidaklah seperti yang kami bayangkan.
Destinasi kami
seterusnya ialah Masjid Rome. Masjid ini merupakan masjid pertama di Rome dan
antara masjid terbesar di Eropah. Untuk ke sini kami menaiki Metro ke stesen Flaminio
dan kemudiannya menukar keretapi urban dan turun di Campi Sportivi. Mempunyai
masjid di bandar Kristian Katolik merupakan sesuatu yang mengagumkan kerana
usaha untuk mendapatkan keizinan bukannya mudah. Apabila idea untuk membina
masjid di Rome mula-mula muncul lebih kurang lima dekad yang lalu, Benito
Mussolini dilaporkan mengatakan tidak. Masjid hanya akan ada di Rome apabila
gereja Roman Katolik diizinkan untuk dibina di tanah suci Makkah. Namun pada
tahun 1970, kerajaan Itali memberikan keizinan untuk membina masjid setelah
mendapat persetujuan gereja. Dana untuk pembinaan masjid ini disumbangkan oleh
negara-negara islam lain yang diketuai oleh Raja Faisal Arab Saudi.
Figure 3
Masjid Rome
Tiada siapa tahu
secara tepat bilangan orang Islam di Rome khususnya dan Itali umumnya namun
dianggarkan bilangan mereka ialah seramai 40 000 di Rome dan 300 000 di Itali.
Angka ini sangatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk
Itali seramai 57 juta orang. Kami ke sini untuk menunaikan solat secara jamak
setelah puas solat di celahan jalan dan atas tangga sebelum ini. Di luar masjid
ini juga ada jualan seperti pasar minggu di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis
makanan dan manisan yang dijual. Hal ini memberikan gambaran kepada kami bahawa
komuniti Islam di sini tetap subur walaupun berada di negara Eropah.
Rome bukanlah
destinasi untuk membeli belah kalau hendak dibandingkan dengan bandar fesyen
Milan. Tapi barangan yang ada dijual di sini tidak kurang menariknya. ‘Shopping
street’ yang menjadi pilihan kami ialah Via del Corso. Persinggahan di sini
adalah untuk membeli sedikit barangan keperluan yang diidamkan seperti kasut
dan jaket. Hari pertama kami berakhir di sini. Tidak lengkap datang ke Rome
kalau tidak berkunjung ke Colloseum. Hari kedua dihabiskan di tempat ini. Untuk
ke sini, antara caranya adalah dengan menaiki Metro dan turun di stesen
Colosseo. Tapi kami lebih selesa berjalan kaki dari tempat penginapan kami yang
terletak di sekitar stesen Metro Vittorio Emanuelle. Colloseum merupakan satu
daripada tujuh keagungan dunia moden dan juga antara monumen yang sering
dikunjungi oleh orang ramai dari serata dunia. Tempat ini mempunyai 50 000
tempat duduk dan merupakan tempat untuk menyaksikan Gladiator bertarung ataupun
pertarungan antara haiwan dan juga pertarungan antara haiwan dan tahanan. Kami
tidak masuk ke dalam kerana masa tidak mengizinkan. Kami harus menjaga masa
kerana akan pulang ke Kaherah pada petang itu. Berdekatan dengan Colloseum juga
terdapat dua lagi tinggalan Rom kuno iaitu Bukit Palatine dan Roman Forum.
Roman Forum merupakan tempat kegiatan jual beli berlangsung dan juga pusat
perbicaraan bagi bandar Rom kuno. Tiket untuk masuk ke tiga-tiga tempat ini
ialah 12 Euro.
Figure 4
Colloseum
|
Dengan
berakhirnya tempat terakhir tersebut, maka berakhirlah jaulah mahabbah selama 10
hari ke Munich, Salzburg, Venice, Catania dan Rome. Harapannya ialah dengan
aktiviti jaulah bersama-sama ini dapat mengajar kami akan beberapa nilai baik
yang boleh diambil sebagai pedoman dan pengajaran hidup. Juga semoga dengan
jaulah ini, kami lebih dapat mengenali masing-masing dengan lebih baik.
2 comments:
Muito Informativo, parabéns!
velocidade internet
Realizar um teste de velocidade da sua internet pode te alertar se o seu provedor não está liberando a quantidade de mpbs que está no contrato. O que pode deixar a internet muito mais lenta, impossibilitando a entrada em sites ou fazer downloads.
Para realizar o teste de velocidade da sua internet, existem diversos sites. Teste aqui:
Post a Comment