Pages

Dec 30, 2009

Plants vs Zombies

Heh, today I downloaded this game. This games was released on 5 May 2009 and was developed by PopCap Games.

Gameplay

In this game, you have to make strategy to prevent the zombies from eating your brain. For that purpose, you will put the plants to shoot the zombie thus prevent them from entering your house. If they enter your house, they will eat your brain and you will die. Easy huh?! Well, it is not as simple as that because there are numerous type of zombies and each of them has their advantages and weaknesses.



More about the games

  • Play five game modes: Adventure, Mini-Games, Puzzle, Survival, plus the stress-free Zen Garden
  • Conquer all 50 levels of Adventure mode -- through day, night and fog, in a swimming pool and on the rooftop
  • Battle 26 types of zombies including pole-vaulters, snorkelers and “Zomboni” drivers
  • Earn 49 powerful perennials and collect coins to buy a pet snail, power-ups and more!
Menu


Crazy Dave's Shop


Zombie's Note ( huh! Zombie can write?)

Want to download?

Click here .

Please note that I just share the link and I DO NOT UPLOAD THE GAME. The game was compressed using WinRar. To unRar the game, you can use this software, 7-zip.

Dec 25, 2009

Gambar Kelas 5 Bukhari 2009

Setelah lebih seminggu SPM berakhir, baru ade mase nk update blog. So arini rase nk share gambar kelas tahun ni. Gambar ni diambil mase jamuan akhir tahun kelas, jamuan ni special sket, terutamanya peristiwa yang berlaku sehari sebelum tu. :D

sila klik utk paparan yang lebih jelas

Berdiri dari kiri : Zulaikha, Aniyah, Adibah, Farah, Husna, Syaza, Khalida, Yang, Amaniina, Izyan, Syuhadah, Aliza, Amirah, Syazwani, Adila, Nadhirah, Atikah, Sumirah, Razlina, Nabihah

Duduk dari kiri: Fathi, Apih, Faiz, Arif, Muzammil, Afif, Aiman, Amry, Afiq, Mizi, Ehsan, Pulloh

Kpd sape2 ex-pelajar 5A1 yang nak gambar ni dalam versi yang lebih jelas ataupun ingin memberikan gambar kelas kita, bolehlah hubungi penulis kat emel di sebelah kanan ni.

P/s: Ade pengumuman..

Pada hari Isnin dpn (28/12), adakan diadakan Jamuan kat KFC Pantai Batu Buruk lpas Asar. Tak jadi buat pada 27/12 sebab hari tu Hari Asyura. Jadi, meh pakat pose ramai2 aritu.

Nov 15, 2009

Salam Imtihan

Dalam tempoh kurang 72 jam lagi, para pelajar tingkatan lima seluruh negara akan menghadapi peperiksaan SPM. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta ampun dan maaf kepada sesiapa jua yang mengenali diri ini. Saya juga berharap agar anda semua mendoakan saya mendapat keputusan straight A+’s dalam peperiksaan ini. Till then~

 

p/s  : Ni update last sebelum SPM

p/ss: Ni first time update gune Windows Live Writer

Oct 15, 2009

Sanah Helwah!

Ulang tahun kelahiran “Sanah Helwah”, “Happy Birthday”, “Alles Gute zum Geburtstag”, “Joyeux anniversaire” etc merupakan sinonim dalam bahasa2 lain kepada Ulang tahun kelahiran. Acap kali kita di zaman ini terutamanya di kala usia remaja ini (eh, remaja lg ke?), ulang tahun hari kelahiran merupakan salah satu daripada ‘event’ yang ‘bermakna’ dan dinanti-nantikan. Tambahan pula di dalam tamadun Barat ini (eh, tahu kan kalendar yang kita guna sekarang ialah kalendar Masihi?), rata-rata daripada kita akan menunggu-nunggu saat-saat tepat masuk jam 12 tengah malam tarikh sebelum ‘Hari Jadi” untuk kita mengucapkan “Happy Birthday!!”

Saya masih ingat ketika kami bersama-sama ‘celebrate’ birthday pakcik kami tidak lama dahulu. Hmm..tazkirah yang sangat terkesan di hati saya. Beliau menghargai usaha kami dengan kek dan satay untuk menyambut ‘birthday’ beliau, tapi antara yang mengesankan ialah.. “Birthday saya bukan harini” sebaliknya mengatakan bahawa birthday nya adalah sekian2 haribulan (menurut kalendar Hijr). Sambil tersenyum pakcik kata (lebih kurang bunyi ya) “Inilah hebatnya tamadun, sampai celebrate birthday pun, nak ikut cara (kalendar) mereka, kesian kite kan?”

Pada saya, ada logiknya juga pernyataan beliau tu. Betapa besarnya kesan tamadun kepada dunia, kerana majoriti penduduk dunia ini akan menurut cara hidup mereka yang memegang tamadun ketika itu. Dan sambutan ulang tahun kelahiran ini juga salah satu daripada cara hidup mereka. Kalau ditambah dengan megadakan party etc, hmm.. lebih-lebih lagilah.

Dan sebenarnya apa yang kita raikan? Kita bukan sahaja meraikan sudah berapa tahun kita hidup, sebaliknya kita juga meraikan ‘baki umur’ kita di dunia ini.Hmm..betul tak? Jadi, selayaknya hari ulang tahun kelahiran kita merupakan antara hari yang baik untuk kita muhasabah dan reflek, tentang apa yang sudah kita lakukan sepanjang tahun yang telah kita laui dengan jayanya. Dan juga menjadi tazkirah terbaik buat kita untuk bertanya pada diri, apakah perancangan kita untuk menguruskan baki umur yang tinggal (yang tidak diketahui sebenarnya) sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini.

kredit kepada site ni

In hijri
- Thursday 18 Raby` al-THaany 1413 A.H.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

- Sedang melakukan update ni pada Hari Jumaat (30 Oktober), so maknenya dah terlewat 2 minggu.

- Sy terpaksa langgar janji sendiri taknak copy/paste artikel org pasal mmg xde mase nk tulis artikel sendiri.

- SPM tinggal dlm 19 hari lagi, doakan segala urusan kami dipermudahkan dalam menjawab SPM nanti.

- Oh yes, Sanah Helwah to all my friends who share same birthday month with me.

- Kalu ade kesempatan, insyaAllah nk post pasal jamuan kelas 5A1

- Artikel yang dlm list nk tulis/review lpas SPM (insyaAllah)

  • 125zR - Legendary of Moped
  • How to buy things online
  • Sony video mp3

Sep 26, 2009

Google Reader - Benefits

Well, what is Google Reader? Have you ever heard the words before? Well,Google Reader a Web-based aggregator, capable of reading Atom and RSS feeds online or offline-wikipedia. It is an useful for you to subscribe the contents of your friends' blogs.

How to use it?

  1. You must have a Goggle account
  2. Go to your friend's blog
  3. Image Hosted by ImageShack.us
  4. If you are using Firefox web browser, just click the in the address bar.
  5. Image Hosted by ImageShack.us
  6. Select Google and click subscribe now
  7. Click add to Google Reader
  8. Image Hosted by ImageShack.us
  9. Tadaaa. Finish
  10. Image Hosted by ImageShack.us
In a nutshell, the Google Reader is a very useful application for you if you dont have much time to visit your friends' blog and to know whether they have updated their blog or not. And to make your job easier, just drag the tab to the toolbar.

Image Hosted by ImageShack.us




p/s: Actually I want to post something about Hari Raya but..but..but..

Aug 25, 2009

The rebirth of neomercurial.blogspot.com

Salam all~

If you notice that, the layout of this blog had been changed. For me, this template looks nice. With this new template, I reach the second stage of my target in blogging. Well, to be frank, I am not really serious in my first stage of blogging. Why? Because in the first stage:-

  • I just want to own a blog like otherssengihnampakgigi
  • The content? Just copy-paste lah! I am quite lazy to write my own articles or at least modified it
  • Money x3 (Adsense laa)
  • Writing/copying articles in English because of Adsense! Also because to get traffic from others country ( They wont understand any word if I write in Malay)
Image Hosted by ImageShack.us
So, in the second stage, my target is:-

  • Ensure that the ratio between writing an article and copy-paste article = 1:1 ( I will really write article is possible)
  • Ensure that the ratio between Malay and English article = 1:1 ( I still need to get the traffic from outside - If I am lazy to write articles, I will just upload some wallpapers)
  • For ads, I will use Nuffnang ( I will put my adsense on other blog)

If you read my blog, you will notice that I write about random topic and there are very little post about myself ( eg: my daily life) Why?encem because for me, the blog is not a personal diary, but it is a place where I can express my opinion or a place where I can share something that is useful with others. But who knows in my next step of blogging, I will write about my daily life. Well I see, there are many bloggers among form 5 students in SHAMS, and there are also two classes that have their own class blogs. There are:-


5A1?sedih Hahahaha!! To late I think to set up a blog, but who knows. And actually I have an idea that come across my mind. Why dont we set up a batch blog so that we can still contact each other eventhough after SPM examination. Well, it's just an idea. Actually, I got this idea last year after visiting Batch Sebelas of SMIH's blog. At that time, I didnt voice out my idea as there are not so may bloggers among Form 5 students in SHAMS at that time. I will appreciate if you give soome comments about this idea.love Oh yes, last but not least, I you want to exchange the link with me, just mention it in the shoutbox.


p/s: Pardon my grammar mistakes (^^;)
p/ss:This blog will idle untul 17 September 09
p/sss: Give comment about my new template
p/ssss: Salam Ramadan (^_^)

Aug 24, 2009

SPM Trial09 schedule

Just a quick update..

Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us


I will rewrite them if I have time. For now, I just scan them. Hope you all (and me too) will be ready to face this coming examination! Hasta manana!

Aug 20, 2009

Sistem Penilaian Kokurikulum

Kepada sesiapa yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun ni dan berminat untuk mengira markah kokurikulum masing-masing bolehlah memuat turun slide di bawah ni.

Kredit diberikan kepada Encik Nordin Bin Mohd Radzi dari Jabatan Pelajaran Selangor yang menyediakan slide ini.



Image Hosted by ImageShack.us

Sila Klik Sini untuk muat turun

Jun 11, 2009

Firefox Ultimate Optimizer


This is the must have tool for ANY Firefox user. Firefox is great, but with FireFox Ultimate Optimizer it’s awesome. Gone are the days when Firefox consumes huge amounts of memory, acts sluggish and totally crashes out.

This Firefox tool is not a plugin, but a stand alone application that will optimize Firefox in real time! It Keeps the resource usage very low. For example I had Firefox using 150megs of ram while running, I started up this utility and almost instantly Firefox was using less than 2 megs of ram!

This program was written by Fellipe, but it seems his site is often non-responsive & only in Spanish, therefore we are offering this package with an installer and extra language files. It’s totally free!

Very small program, super easy to install, no real setup needed, run it and it just works.

For Windows XP, 2000 and Vista, click here to download


Bagi pengguna browser Mozilla Firefox..!!

Percaya atau tidak, Firefox Ultimate Optimizer mampu mengurangkan penggunaan memori serta cpu komputer anda ketika menggunakan Mozilla Firefox dari 32,000 KB kepada 100 - 400 KB sahaja. Untuk memuat turun perisian tersebut, sila KLIK SINI..

Perisian ini dapat digunakan pada Windows 2000, XP dan juga Vista. Selain itu windows anda memerlukan sekurangnya .Net Framework 2.0. Jika anda belum memilikinya, sila muat turun, KLIK SINI..






LANGKAH-LANGKAH

1. Muat turun perisian dan xtract file tersebut.

2. Dwi klik pada Firefox Ultimate Optimizer.

3. Anda kini sedia melayari internet dengan menggunakan Mozilla Firefox dan rasai perbezaanya.

4. Untuk lihat perbezaan pengurangan penggunaan memori dan cpu, buka Task Manager > klik Tab Processes > lihat pada firefox.exe

Malek Noor - Satu Keinsafan



















Tetiba rasa nak kongsi artikel yang mampu membuatkan kita insaf dan berasa Hidayah Allah sangat indah. Cerita ini berkisarkan tentang bekas atlet bina badan negara kita yang dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Patut lebih banyak selebriti-selebriti tampil dan ceritakan seperti apa yang Malek Noor cerita nie. Barulah boleh bagi role model sikit kat rakyat Malaysia.

Baca artikel ini selengkapnya untuk ketahui kisah Malek Noor dan cerita insafnya.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

p/s - Alhamdulillah kpd mereka yg tlah dberikan petunjuk..moga setiap insan yg msh terleka dkurniakn hidayah daripada-Nya..Amin..

Diambil dari sini . Kredit diberikan kepada site ini.

Jun 2, 2009

Postcrossing – A new way to send postcards all over the world

I was introduced about a website called www.postcrossing.com from my English teacher during an evening class. At the moment I really wanted to know about the website and I found that the website is quite interesting to me. So, today I will write a review about the website.


What is postcrossing?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us



It is a online project that allows member to send and receive postcard from all parts of the world randomly. Yes, you really don’t know about the receiver and you don’t know who send the postcard to you. You have to send postcard to receive postcard. Its motto is send a postcard and receive a postcard back from a random person somewhere in the world!”


How to send postcard?

  1. Request an address and a Postcard ID
  2. Mail the postcard to that address
  3. Receive a postcard from another postcrosser!




  1. Register the Postcard ID you have received




But the maximum number of postcard you can send for newcomers is five.

If you need to know more than what I write, just register at the website and start sending postcard. If you still need some more info, just click here



Here are some pictures :




Malaysian Postcrossers



A postcard that I have received from Finland

p/s: This is my first post that I wrote myself so there will probably a grammar mistake :D



May 7, 2009

Highest Bridge in The World

Fuhhh, after long time no update coz I'm very x3 lazy.. :D

So here goes,

The Millau Viaduct is part of the new E11 expressway connecting Paris and Barcelona and features the highest bridge piers ever constructed. The tallest is 240 meters (787 feet) high and the overall height is an impressive 336 meters (1102 feet), making this
the highest bridge in the world. It is taller than the Eiffel Tower .

Construction began in october 2001, and by november the following year, the highest pier had already reached 100m in height. launching the deck started in february 2003, and was completed by may 2004. Unusually, the deck is constructed from a new high-grade steel as opposed to concrete. this helped the deck to be pre-constructed in 2,000 pieces at eiffage's alsace factory and gps-aligned, 60cm at a time.

The millau viaduct is supported by multi-span cables placed in the middle. to accommodate the expansion and contraction of the concrete deck, there is 1m of empty space at its extremities and each column is split into two thinner, more flexible columns below the roadway, forming an a-frame above the deck level. Construction work used approx. 127,000m³ of concrete, 19,000t of steel-reinforced concrete and 5,000t of pre-constraint steel (cables and shrouds). the project needed 205,000t of concrete, of which 50,000m³ will be reinforced concrete. in total, the viaduct weighs 290,000t.

A 3m-wide emergency lane provides increased security. it will, in particular, prevent drivers from seeing the valley from the viaduct. As the bridge will be exposed to winds of up to 151km/hr, side screens are used to reduce the effects of the wind by 50%. the speed of the wind at the level of the road therefore reflects the speed of the wind found at ground level around larzac and sauveterre.

Toll station

An 18-lane toll station 6km north of the millau viaduct is housed under a structure made of a special concrete patented by the group eiffage. the toll plaza includes a cctv connection to the viaduct and the highway. it also accommodates technical and administrative services.


The Picts












































































Feb 14, 2009

Free Wallpaper - Dream World Wallpaper ( Part 2)

Here are some free wallpapers about Dream World. Have a look at them and you can use them as your Desktop background if you like. :D

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Or the direct link to these images.

Feb 11, 2009

Global Warming Mindmaps

Long time since my last update. Just now I found great mindmaps about global warming so here are them. Although I also contribute in producing greenhouse gas (CO2) coz I'm using 2-stroke bike, but I still want to share these mindmaps.

Combating global warming

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Science of global warming

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Impacts of global warming

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Population and the planet

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Population solutions

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


The big polluters

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


The government and climate change
Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Behavioural change strategies

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Goal setting for a liveable planet

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Totally credit to : http://live-the-solution.com/mindmaps/

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...