Pages

Mar 13, 2010

Result kami

Salam~

Keputusan SPM09 baru diumumkan pada 11 Mac 2010 yang lepas. Hari yang penuh debaran itu telah kami semua lalui dengan pelbagai ragam. Ada yang menangis kegembiraan dan pelbagai lagi. Alhamdullillah, seramai 37 orang pelajar berjaya mendapat keputusan straight's A dan saudari Nor Aliza Mohamed diumumkan sebagai pelajar terbaik Negeri Terengganu. Beliau mendapat keputusan 12A+ dalam peperiksaan ini.

Apa yang membanggakan, berdasarkan kiraan saya, daripada 37 orang yang mendapat straight's A, 17 daripadanya adalah XY. Yup, itu adalah satu pencapaian yang membanggakan. Keputusan SPM09 juga menyaksikan sekali lagi subjek EST (Easy&Simple Test?) menjadi penyebab kegagalan pelajar untuk mendapat keputusan straight's A. Dalam kelas 5 Bukhari, 10 daripada kami tidak berjaya mendapat keputusan straight's A disebabkan subjek ini.

Jadi, nasihat saya, janganlah ambil subjek EST ni. Selain itu, SPM kali ini juga memperlihatkan penggunaan sistem penggredan yang baru. Klik sini untuk maklumat mengenai sistem gred baru ini. Analisis rasmi mengenai keputusan SPM09 masih belum dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Note: To SHAMSians 0509:

Program : Taklimat kemasukan ke universiti
Tarikh : 15 Mac 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Abu Bakar As-siddiq

p/s: Cg Man kbo ye ade gop jemput abg2/kakak2 dari Intec turun skoloh ari isnin ni. Jom pakat gi ramai2.

Eh, post kali ini adop gmbar r, tp nk letak gak, mane buleh post adop gambar.



Gambar ni diambil secara curi2 mase bljar bio aritu, tgh blajar bab inheritence kalu tak silap. Thanks ticer Ida. =) Betul r orang kbo, zaman persekolahanlah zaman yang paling best.

6 comments:

faizwmf said...

assalamualaikum

nice try to post ur own writing. rasa klaka skit sebab ada gaya esei+artikel+rencana+karangan spm. :D

btw, keep it up. success of many men begin with mistakes

EST, Easy & Simple Test?

yup! hehe. kesian EST. jangan buat camni. hari2 kene kutuk+umpat. dah la ni tahun last EST mengganas...

mercAfiq said...

betol2, thanks faiz..
ak nk try gak slow tulis sendiri, skill penulisan mmg kene baiki lagi.

Tp x faham maksud mu, nape maksud esei+artikel+rencana+karangan spm?

tok esah said...

est???? ape tu... xdop lam kamus idup ku... bakpe kau wujud??? ngok tol... cdey silap wat perhitungan..
tahniah r kwn2.. korang sedap r ley g overriver, aku j duk lam ngre, huhu

fsyukri said...

bangganya...bakal adik iparku menjadi pelajar terbaik spm negeri terengganu...

adysuR said...

Kpd yg ambik EST, jgn menyesal.
At least kt dpt ilmu yg mungkin amat berguna satu hari nanti.

Setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya =)

mercAfiq said...

@kucer- nk wak gane? mmg kite amek doh est pon..

@fsyukri- dah adiknye siape?

@rusyda- yup, betol2..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...