Pages

Jun 12, 2010

FIFA World Cup 2010


Pendahuluan

Sekarang ini, kejohanan Piala Dunia 2010 telah bermula. Kejohanan pada tahun ini telah berlangsung di Afrika Selatan dan sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang berprestij ini. Bagi yang tidak mempunyai Astro, anda bolehlah menonton perlawanan bola sepak piala dunia ini saluran TV1.

Pasukan pilihan


Pasukan pilihan saya ialah England dan Sepanyol. Walaupun England tidak layak ke kejohanan Euro 08, namun, sejak Fabio Capello mengambil alih pengurusan England, skuad The Three Lions ini kian menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian. Selain itu, kelibat Wayne Rooney juga mampu menimbulkan keresahan kepada pertahanan lawan.


Sepanyol juga merupakan antara pasukan pilihan yang diramalkan bakal menjuarai Piala Dunia. Gandingan bekas penyerang Villareal iaitu David Villa dan juga penyerang Liverpool, Fernando Torres sememangnya merupakan gandingan yang mantap. Ketika kejohanan Euro 2008, David Villa merupakan penjaring terbanyak, manakala Fernando Torres pula merupakan penjaring gol kemenangan Sepanyol dalam kejohanan itu.

Kesimpulan

Pun begitu, walau sehebat mana pun sesebuah pasukan bola sepak, tetapi, tanpa semangat kerjasama antara ahli, pasukan itu tidak layak dikatakan pasukan yang hebat. Hal ini kerana, setiap pemain dalam pasukan bola sepak memainkan peranan yang penting dalam pasukan tersebut walaupun dia hanyalah merupakan seorang pemain pertahanan kanan.

p/s: Gambar di bawah ini hanyalah hiasan sahaja


2 comments:

fatin amirah said...

haahahaaa.
weh kita sokong team sma beb.england~

mercAfiq said...

huhu, tp smlam england seri r, mujur gerrard score..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...