Pages

Jun 28, 2010

Penajaan untuk PILN dikurangkan

Apa yang ditulis di bawah ini bersumberkan akhbar online

Salam 1Malaysia~ (Hasil didikan btn? Hehe)


Baru-baru ini, saya ada terbaca dalam Utusan Online yang mengatakan bahawa MARA akan memansuhkan pemberian biasiswa kepada pelajar lepasan SPM. Kemudian, JPA mengikuti langkah tersebut (
sumber). Berita itu sedikit sebanyak mengejutkan saya. Namun, seperti yang saya agak, tentu ada pihak yang meminta kerajaan mengkaji balik keputusan tersebut (sumber).


Kemudian, saya berasa sedikit lega apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan tidak memansuhkan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pengajian melalui Program Ijazah Luar Negara (PILN), sebaliknya jumlahnya akan dikurangkan mulai tahun depan(sumber) dan pihak MARA juga membuat keputusan yang sama (sumber).


Selain itu, PM mengatakan bahawa kerajaan juga akan menambahkan jumlah pemberian biasiswa bagi melanjutkan pelajaran selepas ijazah. (sumber) Dan sebagai penutup, artikel ini boleh membuatkan kita semua berfikir tentang perkara ini.

p/s: Bagi anak Terengganu, anda masih boleh memohon melalui YT

2 comments:

Eyl said...

dengar citer dye dh ade balik op?

Afiq Fadhli said...

ye r, mmg ade balik pon.. cume dia kurangkan jumlah tajaan utk 1st degree..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...