Pages

Jun 12, 2011

Peteh Terengganu Peteh

Salam.

Semalam ada perlawanan final Piala FA bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil antara pasukan Kelantan dan pasukan Terengganu. Memandangkan saya merupakan anak jati Terengganu, sudah pasti saya menyokong pasukan Terengganu. Tapi malangnya, perlawanan tersebut tidak dapat saya tonton atas sebab – sebab tertentu.

image

Tapi mujurlah ada insan yang memuat naik video tersebut di youtube. Berikut adalah link video-video tersebut.

Gol Kelantan: Azwan Roya (0-1)
Gol Terengganu: Daudsu (gol sendiri, 1-1), Nordin Alias (1-2)

Dan Terengganu memenangi perlawanan tersebut. Gol yang cantik dijaringkan oleh Azwan Roya namun malang buat Daudsu kerana dia tertanduk bola ke gawang sendiri. Pada saya, tidak wajar untuk menyalahkan dia kerana dia telah mencuba untuk membuang bola itu keluar tapi tidak berhasil. Saya masih ingat kesilapan yang sama pernah dibuat oleh Riise ketika Liverpool menentang Chelsea dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara- Juara Eropah.

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu. Saya harap dapat melihat kalian mengulangi kejayaan tahun 2001 dengan menjulang Piala Malaysia pula.

0 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...