Pages

Oct 23, 2011

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Salam.

“Bahawasanya seseorang memburu cinta, adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. Bertambah diburu, bertambah jauh dia lari. Akhirnya tersesat dalam rimba, tak mampu pulang lagi”

“Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap di hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi”

“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan”

_____________________________________

Belum habis baca pun lagi. Baru nak sampai separuh. Tapi, menurut sinopsisnya, kesudahan cerita ini tragis. Saya kurang menggemari cerita yang kesudahnya menyedihkan. Walaupun begitu, sususan ayat dalam novel ini sangat gramatis. Penggunaan bahasanya sangat indah. Sesuai dengan zaman ketika novel ini ditulis iaitu pada tahun 1937. Novel ini ditulis oleh HAMKA atau nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Oh ya, novel ini bertemakan percintaan. Pun begitu sesuai untuk semua sebab tiada unsur jiwang yang melampau. xD

image

1 comments:

kyrodein92 said...

aku bace doh buku nim...bleh la tahan citer dia...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...