Salam.
Juga gambar hujan. Nak fokus pada titisan air, tapi tak nampak xD
Kalau kat Mesir ni, antara fenomena alam yang jarang kita lihat adalah hujan. Kata orang lama, biasanya lepas hujan ni, suhu akan menjadi semakin sejuk. Namun, ada hikmah Allah jadikan bumi Mesir ini jarang ditimpa hujan kerana biasanya selepas hujan, keadaan jalan menjadi becak dan kita dapat lihat air bertakung di merata tempat.
Kali terakhir hujan di sini adalah pada hari Ahad lepas. Hari Isninnya pula, berlangsungnya pilihan raya di sini. Anda boleh klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pilihan raya di Mesir. Namun, dari apa yang saya nampak, saya boleh katakan yang rakyatnya bersemangat untuk turun mengundi. Mereka sudah beratur panjang sejak awal pagi lagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara tercinta.
Piliharan raya mereka ada 3 peringkat iaitu parlimen, majlis syura dan presiden dan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pemilihan presiden Mesir kali ini merupakan pilihan raya kali kedua diadakan secara kompetitif dalam sejarah Mesir. Keputusan tidak rasmi pilihanraya Mesir setakat ini, Parti Kebebasan dan Keadilan iaitu cabang politik IM mendahului dikebanyakkan tempat seperti di Fayyoum, Bahru Ahmar, Kaherah, Iskandariah dan Assiut. Namun, parti ini tidak bertanding untuk jawatan Presiden.
=)
2 comments:
alhamdulillah, sihat2 belaka gayanya. lama tak mendengar khabar
Alhamdulillah sihat je kak nad. xD
Post a Comment