Pages

May 28, 2012

UNESCO World Heritage Site

Salam.

Anda mungkin pernah terdengar perkataan UNESCO World Heritage Site. Tapi apakah itu UNESCO?

UNESCO merujuk kepada the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. Program UNESCO World Heritage dimulakan sejak tahun 1952 bertujuan untuk mengenalpasti tempat-tempat yang mempunyai salah satu daripada tiga nilai iaitu pendidikan, sains dan kebudayaan.

CN-468055

Antara sebab program ini dijalankan adalah untuk melindungi kuil-kuil purba di Mesir.  Pada tahun 1952, kerajaan Mesir bercadang untuk membina Empangan Aswan. Namun, pembinaan empangan ini akan menenggelamkan kuil Abu Simbel dan Philae. UN hendak melindungi tempat-tempat ini dan dari situlah titik mula program UNESCO World Heritage.

Tempat-tempat yang dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti kebudayaan dan nilai sejarah. Hari ni, ada lebih kurang 800 tempat yang diwartakan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Pernahkah anda melawatnya?

Tempat-tempat tersebut adalah seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen dan bangunan, bandar purba dan sebagainya. Sesetengah tempat dapat membuatkan anda terpesona dengan keindahan senibinanya.

Taman Negara Iguazu, Argentina (Sempadan Argentina dan Brazil)

Piramid Giza, Mesir

Ngorongoro Conservation Area, Tanzania

St. Katherine, Mesir

Great Barrier Reef, Australia ( Mengandungi koleksi batu karang terbesar di dunia)

Taman Negara Grand Canyon, USA

Gunung Kinabalu, Sabah

Stonehenge, UK

=)

0 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...