Pages

Jun 25, 2012

Presiden baru Mesir

Salam.

Lama tak menulis. Lepas abis exam anat tadi, pergi ke Maadi dengan Iqbal. Tujuannya nak pergi ke Alef Bookstore untuk beli tiket seminar Productive Muslim. Ini seminar mereka yang kedua di Mesir. Tapi tarikhnya sehari sebelum exam Psychology, jadi subjek itu perlulah dihadamkan sebelum seminar itu. Sempat insyaAllah.

533320_325228010892719_480579061_n

Lepas beli tiket, pergi makan jap dekat Pizza Hut. Sambil sembang, baru ingat hari ini keputusan pilihan raya presiden Mesir secara rasmi akan diumumkan. Tapi, khutbah pengerusi pilihan raya, Farouk Sultan sangat panjang. Tak faham sangat apa yang dia syarahkan, tapi analisis pilihan raya ikut kawasan mungkin, dan bantahan-bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang dikaji.

Sebab lama sangat, dan malas tunggu, kami pun solat asar dulu. Keluar masjid, tengok jalan, lengang. Masing-masing tekun mendengar radio. Yalah, nak tahu keputusan pilihan raya presiden kan, siapa tak excited. Lepas solat, dalam perjalanan nak ke Metro (sambil dengar radio), tiba-tiba dengar suara jeritan dan laungan takbir.

Tanya pakcik yang berdekatan, “siapa menang?” Dia jawab “Mursi”. Alhamdulillah, gembira tak terkata. Kelihatan wajah riang kebanyakan orang ketika itu. Kemenangan ini insyaAllah sebuah permulaan, bagi Mesir untuk menjadi sebuah negara yang disegani kawan dan lawan.

Saat keputusan diumumkan, di Medan Tahrir.

Mula-mula dulu, IM tak bercadang hendak masuk pilihanraya presiden. Tapi akhirnya mengubah keputusan dengan meletakkan Ir. Khayrat Shatir sebagai calon. Sebelum tarikh penamaan calon ditutup, IM mencalonkan Dr. Mursi bimbang-bimbang kalau Ir. Khayrat tidak dibenarkan bertanding.

Apa yang mereka bimbangkan benar. Ir. Khayrat tidak dibenarkan bertanding kerana kes mahkamah yang dihadapinya. Jadi Dr. Mursi menggalas tanggungjawab tersebut. Ada orang orang mengganggap Dr. Mursi sebagai calon tayar spare. Sebenarnya tidak, kedua-duanya layak sebagai calon presiden Mesir.

Semoga urusan peralihan kuasa berjalan lancar dan pihak tentera mengotakan janjinya untuk menyerahkan kerusi presiden Mesir kepada orang yang selayaknya. Harapnya pihak tentera tidak buat kacau. Kalau tak silap, Turki antara negara yang tenteranya suka kacau pentadbiran. Strategi bagaimana Recep Tayyip Erdoğan menghadapinya boleh digunakan.

Usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Mesir dan memantapkan perpaduan perlulah diberikan keutamaan. Harus dingat bahawa terdapat pelbagai golongan di Mesir. Bukan hanya golongon Islamis seperti Ikhwan dan Salafi wujud di sini, tetapi golongan-golongan lain seperti kelompok liberal, sekular, dan juga kristian koptik. Dr. Mursi menang pun dengan peratusan yang kecil.

Presiden-presiden Mesir sebelum ni, semua dari golongan tentera walaupun ramai ulama’, ilmuan dan golongan profesional di Mesir. Tentu banyak tugas dan tanggungjawab sebagai presiden Mesir pasca-revolusi. Sebagai umat Islam, sudah tentu kita hendak lihat laluan ke Gaza melalui sempadan Rafah lebih mudah selepas ini dan bantuan dari Mesir dapat disalurkan tanpa sebarang halangan.

p/s: IM ditubuhkan tahun 1928. Imam Hassan Al- Banna sudah lama tiada. Tetapi generasi yang menyambung perjuangan mereka, Allah bagi kemenangan.

p/ss: Masih dalam fatrah exam. Lagi 2 written, dan 2 oral. Doakan. Dalam fatrah exam ini, rasa macam duduk dalam dunia sendiri. Kurang hiraukan apa yang berlaku di sekeliling. Huuuuu.

p/sss: Tak pergi tahrir tadi sebab pening lepas exam tak abis lagi. Rasa macam rugi jugak tak pergi.

0 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...