Pages

Mar 23, 2011

Semoga Berjaya Kalian

Salam.

Tidak sampai 12 jam lagi, para pelajar yang menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia 2010 akan mengetahui keputusan ujian masing-masing. Saya cuma ingin mengucapkan semoga berjaya kepada kalian semua. Bagi saya SPM merupakan peperiksaan awam yang paling mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental untuk menghadapinya. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini membolehkan anda memohon pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai pihak seperti JPA dan juga MARA.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi guru, anda bolehlah merujuk laman web ini. Pada tahun ini, untuk Program Pengajian Perguruan dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
  • Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara
  • Program Kembar Bahasa Perancis
  • Program Kembar Bahasa Jerman

Akhir kalam, bagi yang bakal mengambil keputusan SPM 2010, semoga anda semua diberikan kekuatan untuk menghadapi saat-saat itu kerana sememangnya saat anda menerima keputusan itu merupakan antara saat yang mendebarkan.

image

0 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...