Pages

Jun 8, 2011

Jadual baru final

Salam.

Aritu saya ada post pasal jadual final exam. Sebenarnya ada sedikit perubahan pada jadual tersebut. Berikut adalah jadual terbaru final exam.

DSCF9842

Jadi masih ada dalam 8 hari lagi untuk bermulanya peperiksaan final ini. Doakan supaya urusan kami dipermudahkan oleh Allah.

p/s:

DSCF9845

Satu buku ilmiah, satu lagi novel. Dibeli di AUC Bookstore kat Tahrir.

May 31, 2011

Understanding Hijab for Dummies

Salam.

I found this drawing at the Jiwa Kembara. Credit given to its original artist which is FullWhiteMoon. The drawing is really artistic and it has its own messages to be spread. Sometimes, we even ask the same questions such as does a H woman feel hot in summer? or maybe the question like does Hijab represent the oppression of women pop into out mind.



Oh yes, dummy means mannequin. It is also an informal word for idiot. But, in this case, it means newbie or beginner. :)

May 30, 2011

Tahniah Barca

Salam.

Semalam ada perlawanan final Liga Juara-Juara Eropah, antara pasukan Barcelona dengan Manchester United di Wembley, England.

image

Final ini adalah final yang ketiga yang pernah saya tonton, selepas 2 kali final antara Liverpool dan AC Milan (pada 2005 dan 2007). Tahun 2005 dimenangi oleh Liverpool manakala tahun 2007 dimenangi oleh AC Milan.

Capture

Dalam perlawanan itu, Barcelona menundukkan Manchester United dengan 3 jaringan berbalas 1. Gol mereka dijaringkan oleh Pedro Rodríguez, Lionel Messi dan David Villa manakala gol Manchester United dijaringkan oleh Wayne Rooney.

Tahniah diucapkan kepada Barcelona kerana berjaya menafikan kemenangan Manchester United. Perlawanan semalam jelas didominasi mereka dan mereka dapat menguasai perlawanan dengan begitu baik sekali. Saya kira, sesiapa pun yang menonton perlawanan tersebut, pasti terhibur dengan corak permainan yang dipersembahkan oleh Barcelona.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...