Pages

Feb 3, 2010

Cards and Stamps =)

Salam~

Bertukar-tukar poskad mungkin satu hobi yang sudah agak asing dalam kalangan generasi pada hari ini, namun bagi saya, bertukar-tukar poskad merupakan hobi yang menarik selain dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dialami.

Sebagaimana yang sedia maklum, saya telah menyertai postcrossing sejak sembilan bulan lepas dan melalui laman web inilah saya telah menerima banyak (40 keping je) poskad dari luar negara. Jadi, dalam post ini, saya ingin menunjukkan 2 keping poskad yang saya terima. Satu dari Finland dan satu lagi dari Canada.

Finland

Poskad



Pernahkah kita menonton siri kartun The Moomins di negara kita? Saya pasti ramai yang tidak pernah, namun di Finland, siri kartun ini terkenal di sana. Watak dalam poskad ini ialah Papa Moomin. Menurut keluarganya, dia selalu menulis segala pengalaman hidupnya dalam buku yang dikenali sebagai Memoirs.

Setem



Gambar dalam setem ni pula memaparkan Papa Moomin sedang menulis dalam Memoirs.

GAMBAR MOOMIN YANG LAIN






Canada

Poskad (Depan)



Yes, poskad yang sangat ringkas - gambar telur goreng (fried egg). Poskad yang saya terima dari seorang budak yang berumur 2 tahun (tahun lepas) dari Canada. Sudah tentu bukan dia yang tulis dan pos poskad ini, tapi mak dia yang tolong buatkan. Walaupun poskad ini sangat ringkas, tapi poskad ini unik kerana poskad inilah satu-satunya poskad yang bersaiz lebih besar dari yang lain.

Poskad (Belakang)



Ya, nama budak tu Ruby and she is soooo cute. Saya ada simpan gambar dia tapi dah lupa letak kat mane. Untuk pengetahuan, kebiasaannya, pengirim akan menulis kod poskad pada poskad yang dia akan hantar pada kita, jadi apabila kita telah terima poskadnya, kita hendaklah mendaftarkan poskad itu di laman web postcrossing sebagai bukti kita telah terima poskadnya.

Setem



Canada 2010, mungkin sukan Olimpik musim sejuk ( sebab gambar hoki ais).


Dalam kulit kacang (In a nutshell), mengumpul poskad merupakan hobi yang menarik. Selain itu, melalui hobi ini, kita dapat mengenali tempat2 orang walaupun melalui gambar dan juga budaya sesetengah masyarakat. Oleh itu, jika anda berminat, klik sini untuk mengetahui cara untuk menyertai postcrossing.

------------------------------------------------------------------

4 comments:

fatin.anuar said...

worghh!btul hanyar mnder tcer kte.haha.kt ane ah?xingt dh lman web nde.nk gop a=p

setem cmel!

mercAfiq said...

laman web ni..
www.postcrossing.com

tp kite kene rajin antor postcard gop r baru dpt balik..

tgk atas nasib gok, ade gop dpt poskad hok udoh..

mizzura said...

Salam…hi...saya memang sedang berjinak 2 dgn kumpul poskad. So far dah ada philiphine from my boss(penat paksa dia bg), laos from kawan yg visit sana. & bali from diri sendiri..haha..

tak tau pun ada group camni..nak join jugaklah postcrossing nih…

(sedang paksa adik bg poskad from US-pemalas betul - dah join ni tak yah nak paksa sesapa)

mercAfiq said...

wah, baguslaa camtu.. jom join postcrossing ni..

tp sy terpaksa berhenti dulu dari mengaktifkan diri kat postcrossing, sb smbung bljar..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...